Berita Terkini

Kisah Umar Bin Abdul Aziz Menguburkan mayat Jin Islam


Ditakhrijkan oleh Al-Baihaqi, dari Abu Mu'ammar Al-Anshari, dia berkata, "Ketika Umar bin Abdul Aziz melewati sebuah padang pasir dalam perjalanannya ke Mekah, tiba-tiba dia melihat bangkai seekor ular. Dia berkata, "Berikan aku penggali tanah."

Mereka (pengikut-pengikutnya) berkata, "Biar kami saja yang melakukannya." 

"Jangan," kata Umar bin Abdul Aziz.

Kemudian dia menggali tanah, membalut bangkai ular itu dengan sehelai kain dan menguburkannya.

Tiba-tiba ada suara perlahan, tanpa diketahui siapa yang mengucapkannya, "Rahmat Allah ke atas mu wahai Suraq. Aku bersaksi, bahawa aku benar-benar mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau akan mati di tengah padang pasir wahai Suraq, kemudian umatku yang paling baik akan menguburkanmu."

Umar bertanya kepada suara itu, "Semoga Allah merahmatimu, siapa kamu?"

Suara itu menjawab, "Aku adalah lelaki dari bangsa jin, dan ular yang sudah mati ini bernama Suraq. Tidak ada lagi yang tersisa dari para jin yang pernah berbaiat kepada Rasulullah s.a.w kecuali aku dan dia.

Dan aku bersaksi bahawa aku benar-benar pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau akan mati di tengah padang pasir wahai Suraq, kemudian umatku yang paling baik akan menguburkanmu."

[Luqatul Marjan fi Ahkaamil Jaan, m/s 46 - Imam As-Suyuthi]


Kisah Umar Bin Abdul Aziz Menguburkan mayat Jin Islam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (63) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (85) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (336) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.