Khamis, 28 Mac 2019

Imej Potret dari Pasir ukuran 12 kolam renang Olimpik dapat dilihat dari Ruang Angkasa

Imej Pasir ukuran 12 kolam renang Olimpik dapat dilihat dari Ruang Angkasa


Karyawan-karyawan seni telah menghabiskan lebih dari 2,400 jam menyiapkan imej / potret yang dibuat dari pasir yang sangat besar sehingga dapat dilihat dari angkasa.

Imej pasir terbesar, berukuran 15,876.22 m² (170,890 kaki persegi) - bersamaan dengan lebih daripada ukuran 12 kolam Olimpik - dicapai oleh Pejabat Diplomasi Awam (UAE) di Dubai pada 17 Februari. Maka ia secara rasminya diisytiharkan sebagai "The Largest Sand Image".

Tajuk "Prince of Humanity" (Putera Kemanusiaan), gambarnya adalah Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, Emir Negeri Kuwait, yang diukir dari pasir batu merah semula jadi. Ia begitu besar hinggakan satelit Emirati, Khalifa Sat, dapat mengambil gambar itu.

Jabatan Emiriah Arab Bersatu mewujudkan imej tersebut untuk menunjukkan cintanya kepada Kuwait pada hari kebangsaannya.



[Guinness World Records]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.