Khamis, 28 Mac 2019

Game PUBG hanya seperti LATIHAN PERANG, BANYAK game lain yang betul-betul GANAS


Yang nak haramkan game PUBG ntah tahu ke tidak macam mana konsep game tersebut hehe.  PUBG sebuah game perang sesama mereka yang guna senjata, di tempat yang KHAS, bukan di tempat awam ... itu hanya seperti LATIHAN PERANG ... kalau game yang betul-betul GANAS dan TERROR merata-rata membunuh orang awam seperti GTA, Just Cause, Call of Duty, Watch Dogs, Sleeping Dogs, Mafia, dsbnya. Dan cuba anda main game lawan-lawan seperti Mortal Kombat X, maka anda akan dapati bahawa game PUBG masih lagi SOPAN jika nak dibandingkan dengan game tersebut. :-D

Lagipun game PUBG hanya seperti game lama iaitu Counter Strike, Battlefield, Unreal Tournament, dan beratus-ratus lagi game lain. Pemain hanya menyerang orang-orang yang juga bersenjata dan MAHU MENYERANG pemain itu, di dalam sebuah medan perang yang khusus. Ya, ianya hanya lebih kepada LATIHAN PERANG semata-mata, seperti bermain PAINTBALL.

Maaf, saya sudah tidak main game lagi sekarang, bermakna game PUBG pun saya sudah tidak main. Maka di sini bukan saya mahu membela game tersebut, tetapi sekadar berkongsi bahawa game tersebut masih lagi dalam kategori LANGSUNG TAK GANAS jika nak dibandingkan dengan banyak lagi game lain huhu.

Adegan tembak orang awam dalam game Call Of Duty
Tapi bagus juga isu ini dibicarakan, kerana sekurang-kurangnya boleh membuka mata masyarakat tentang APA KANDUNGAN dalam video game dan mobile game hari ini. Kerana banyak game di luar sana yang ada unsur JUDI, PORNO, RASIS dan unsur-unsur NEGATIF lain, yang perlu diperhatikan, dikaji dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Wassalaam. Bravo Bonsaimania! Oooppss sori, terbawa-bawa kepada bonsai kerana saya memang sedang gila mem BONSAI sekarang :-D


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.