Isnin, 15 Jun 2015

Kurnia dan Rahmat Allah lebih baik dari Harta Duniawi

Harta karun
"(Kurnia dan Rahmat Allah) itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." [Surah Yunus : 58]

Yakni lebih baik dari harta benda duniawi dan semua perhiasannya yang pasti akan fana dan lenyap itu. Berhubungan dengan tafsir ayat ini, Ibnu Abu Hatim meriwayatkan sebuah atsar berikut, sanadnya dari Baqiyyah ibnul Walid, dari Safwan ibnu Amr, dia pernah mendengar Aifa' ibnu Abdul Kala'i mengatakan bahawa ketika datang harta Kharraj dari Iraq kepada Khalifah Umar r.a, khalifah keluar bersama seorang maula (pelayannya).

Kemudian Khalifah Umar menghitung ternakan dari hasil kharraj itu, dan ternyata jumlahnya jauh lebih banyak dari apa yang disangkakan. Maka Umar r.a berkata, "Segala puji bagi Allah." Sedangkan maulanya mengatakan, "Ini demi Allah, berkat kurnia dan rahmat Allah."

Maka Khalifah Umar memotongnya, "Kamu dusta, ini bukanlah yang dimaksudkan dengan firman-Nya;

قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٲلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ

"Katakanlah, dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dengan itu hendaklah mereka bergembira, (kurnia dan rahmat Allah itu) lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan." [Surah Yunus : 58] 

Dan semua harta ini berasal dari apa yang mereka kumpulkan."

Al-Hafidz Abu Qasim at-Tabrani telah menyebutkan sanadnya dengan lengkap. Maka dia meriwayatkan dari Abu Zar'ah ad-Dimasyqi, dari Haiwah ibn Syuraih, dari Baqiyyah, kemudian dia menuturkan atsar ini.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir ibnu Katsir, Surah Yunus, ayat 58]


p/s: Mendapat harta benda yang melimpah ruah belum tentu lagi adalah kerana kurnia dan rahmat dari Allah. 

إِنَّمَآ أَمۡوَٲلُكُمۡ وَأَوۡلَـٰدُكُمۡ فِتۡنَةٌ۬‌ۚ

"Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (cobaan) ......."  [Surah at-Taghabun : 15]

Maka tak usah berbangga dan merasa diri mulia kerana mempunyai banyak harta. Selagi ramai orang miskin dan susah di sekeliling kita yang tidak terbela, tak perlu kita merasa gah kerana kaya. Sekian dimaklumkan .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.