Selasa, 16 Jun 2015

Jilbab Teknologi Tinggi

Jilbab Teknologi Tinggi
Seorang usahawan Muslim telah memenuhi impian ramai wanita Muslim dengan mereka-cipta jilbab sejuk sendiri, kalis air dan bebas kedutan.

"Tidak kira berapa panas keadaan di luar, mereka memakainya, dan mereka akan memakainya dengan bangga," kata usahawan berusia 22 tahun, Ahmad Ghanem pada video Kickstarter beliau, Buzz Feed melaporkan.

Jilbab dipakai oleh wanita Muslim sepanjang tahun, musim panas adalah rumit bagi sesetengah orang. Itulah sebabnya Ghanem memutuskan untuk melibatkan diri dan mencipta jilbab ini, menjadikan ianya suatu tudung penyesuaian iklim yang pertama dicipta.

Jilbab itu telah diilhamkan oleh syarikat-syarikat pakaian yang berprestasi seperti Nike dan Under Armour.

Jilbab kering sejuk itu diperbuat daripada kain khas yang membuat pemakai 7 hingga 10 darjah lebih sejuk daripada jilbab standard.

Beliau telah mencuba beratus-ratus pilihan yang berbeza sepanjang dua tahun, dan akhirnya Ghanem menemui bahan nilon yang menghalang 80% daripada haba, menawarkan perlindungan UV, dan benar-benar kalis air.

"Saya mahu terus berinovasi, merevolusi, dan mengubah cara orang melihat hijab," kata Ghanem.

"Saya berharap jenama saya boleh memberi inspirasi kepada mereka untuk keluar dan menjadi apa yang mereka mahu."



2 ulasan:

  1. Blog ini menceritakan bab agama, apakah kebodohan yang kamu cuba tonjolkan di sini Master SGP.? Kamu kira bermain judi boleh menjadi kaya.?

    BalasPadam
  2. Blog ini menceritakan bab agama, apakah kebodohan yang kamu cuba tonjolkan di sini Master SGP.? Kamu kira bermain judi boleh menjadi kaya.?

    BalasPadam

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.