Berita Terkini

Kisah orang-orang yang tidak mahu Hukum Allah di zaman Rasulullah

Undang-undang Islam
"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada (Al-Quran) yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafiq itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu." [Surah an-Nisaa' : 60 - 61]

Allah S.w.t engkar terhadap orang yang mengakui dirinya beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-Nya, juga kepada nabi-nabi yang terdahulu, padahal di samping itu dia berkeinginan dalam memutuskan semua perselisihan merujuk kepada selain Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Seperti yang disebutkan dalam Asbabun Nuzul ayat ini.

Ayat ini diturunkan berkenaan seorang lelaki dari kalangan Ansar dan seorang lelaki dari kalangan Yahudi, yang keduanya terlibat dalam suatu persengketaan. Lalu si lelaki Yahudi mengatakan, "Antara aku dan kamu, Muhammad sebagai pemutusnya." Sedangkan si lelaki Ansar mengatakan, "Antara aku dan kamu, Ka'b ibnul Asyraf sebagai hakimnya."

Menurut pendapat yang lain, ayat ini diturunkan berkenaan dengan sejumlah orang munafiq dari kalangan orang-orang yang hanya lahiriahnya saja Islam, lalu mereka bermaksud mencari keputusan perkara kepada para hakim jahiliyah. Dan menurut pendapat yang lain, ayat ini diturunkan bukan kerana penyebab tersebut.

Pada kesimpulannya, makna ayat lebih umum daripada semuanya itu, yang garis besarnya mengatakan celaan terhadap orang yang menyimpang dari Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, lalu dia menyerahkan keputusan perkaranya kepada selain Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, iaitu kepada kebathilan. Hal inilah yang dimaksudkan dengan istilah Thaghut dalam ayat ini.

Adapun firman Allah S.w.t,

يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

  "... mereka (orang-orang munafiq) menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu." [An-Nisaa' : 61]

Dengan kata lain, mereka berpaling darimu dengan sikap menjauh sejauh-jauhnya, seperti halnya sikap orang yang sombong terhadapmu. Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah S.w.t perihal kaum musyrik, melalui firman-Nya;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutilah apa yang diturunkan oleh Allah," mereka menjawab, "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami." [Surah al-Baqarah : 170]

Sikap mereka berbeza dengan sikap kaum Mukmin yang disebut oleh Allah S.w.t dalam firman-Nya;

إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَنْ يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Sesungguhnya jawapan orang-orang Mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan, "Kami dengar dan kami patuh," mereka itulah orang-orang yang beruntung." [Surah an-Nur :51]

Imam at-Thabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Zaid Ahmad ibnu Yazid al-Hauti, telah menceritakan kepada kami Abul Yaman, telah menceritakan kepada kami Safwan ibnu Umar, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa dahulu Abu Barzah al-Aslami adalah seorang tukang ramal, dia lah yang memutuskan pengadilan di antara orang-orang Yahudi dalam semua perkara yang diperselisihkan di kalangan mereka. Lalu kaum musyrik pun ikut-ikutan berhakim kepadanya.

Dalam firman selanjutnya disebutkan;

فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ

"... kerana itu berpalinglah kamu dari mereka..." [Surah an-Nisaa' : 63]

Maksudnya, janganlah kamu bersikap kasar terhadap kemunafikan yang ada dalam hati mereka.

وَعِظْهُمْ

"... dan berilah mereka pengajaran...." [Surah an-Nisaa' : 63]

Yakni cegahlah mereka dari kemunafikan dan kejahatan yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka.

وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا

"... dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka." [Surah an-Nisaa' : 63]

Nasihatilah mereka dalam semua perkara yang terjadi antara kamu dengan mereka, iaitu dengan perkataan yang memberi bekas dalam jiwa mereka lagi membuat mereka tercegah dari niat jahatnya.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah an-Nisaa', ayat 60 - 63]


Dalam suatu riwayat, ada dikemukakan bahawa seorang pendeta Yahudi yang bernama Abu Barzah al Aslami biasa mengadili kaumnya dan menyelesaikan perselisihan di antara mereka. Pada suatu hari, datanglah kaum Muslimin meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Maka turunlah ayat ini (an-Nisaa' ayat 60) sebagai teguran kepada kaum Muslimin yang meminta bantuan penyelesaian dari Thaghut. [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan at-Thabrani dengan sanad yang shahih dari Ibnu Abbas]

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Jallas bin ash-Shamit, Muthib bin Qusyair, Rafi' bin Zaid dan Basyar mengaku bahawa mereka beragama Islam. Akan tetapi mereka menolak apabila orang Islam mengajak mereka meminta bantuan dari Rasulullah untuk menyelesaikan perselisihan di antara mereka malahan mengajak kaum Muslimin meminta bantuan daripada pendeta-pendeta mereka.  [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah atau Said, dari Ibnu Abbas]

Dalam riwayat lain pula, ada dikemukakan bahawa seorang Yahudi berselisih faham dengan seorang munafiq. Oleh yang demikian Yahudi tersebut mencadangkan supaya mereka meminta bantuan daripada Rasulullah S.a.w untuk menyelesaikan perselisihan tersebut kerana mereka tahu bahawa Nabi tidak akan menerima rasuah atau sogokan. Akan tetapi akhirnya mereka bersepakat dan memutuskan untuk meminta bantuan daripada seorang pendeta di Juhainah. [Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari as-Syu'bi]

[Imam As-Suyuthi - Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul]


Keadilan Hukum Allah

وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا

"Telah sempurna lah kalimah Tuhanmu sebagai kalimah yang benar dan adil ......." [Surah al-An'aam : 115]

Qatadah mengatakan, maksudnya benar dalam ucapan-Nya dan adil dalam semua keputusan-Nya, selalu benar dalam pemberitaan, dan adil dalam tuntutan. Setiap yang diberitakan oleh-Nya adalah benar, tiada keraguan dan kebimbangan padanya. Semua yang diperintahkan oleh-Nya adalah hal yang adil, tiada keadilan selain keadilan-Nya. Dan setiap apa yang dilarang-Nya adalah bathil, kerana sesungguhnya tidak sekali-kali Dia melarang, melainkan kerana adanya mafsadah (kerosakan) pada yang dilarang-Nya itu.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-An'aam, ayat 115]


وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ

"...dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (tidak adil)." [Surah Al-Maidah : 45]

Kerana mereka tidak membela orang-orang yang teraniaya dari orang yang menganiaya, dalam hal yang diperintahkan oleh Allah agar dia berlaku adil dan menyamakan hak di antara semuanya. Tetapi ternyata mereka menentang perintah Allah ini dan berbuat zalim serta sebahagian dari mereka berbuat sewenang-wenangnya ke atas sebahagian yang lain.

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, Surah al-Maidah, ayat 45]


Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (55) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.