Berita Terkini

Gambar-gambar kesan Banjir di Kampung Manjor, Kuala Krai

gambar kesan Banjir di Kampung Manjor, Kuala Krai

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Gambar-gambar ini antara yang sempat saya rakamkan kelmarin, ketika berpeluang menumpang sanak-saudara saya pergi ke daerah yang baru ditimpa banjir besar di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. Siapa pun yang ada hati dan perasaan akan luruh hati dan sebak melihat apa yang menimpa saudara-saudara kita di sana.

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Runtuh dan ranap

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Ramai yang terpaksa memasang khemah kerana rumah mereka sudah tidak dapat menjadi tempat berlindung lagi, malah ramai juga yang hilang tempat tinggal terus

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Ada sebuah khemah kepunyaan angkatan tentera. Diharapkan lebih banyak lagi bantuan dari tentera kerana keadaan di sana sangat memilukan dan mangsa-mangsa banjir sangat perlukan bantuan untuk membangun kembali tempat tinggal mereka

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Antara rumah yang hanya tinggal tapak rumah kerana penangan air banjir yang sangat deras dan kuat

gambar Sungai Lebir kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Air sungai Lebir ini hulunya menghala ke Tasik Kenyir juga

Ramai penduduk kampung yang mengatakan bahawa air datang secara meluru dari hulu sungai. Pasangnya sangat cepat, hanya dalam beberapa jam air sudah meninggi yang luar biasa. Kalau banjir biasa, air akan naik dari bawah ke atas sahaja, tetapi kali ini, air meluru dengan cepat dan condong dari arah hulu. Menunjukkan ianya MELIMPAH dari suatu tempat.

Pelbagai teori muncul dari berbagai pihak. Ada yang mengatakan ianya bala dari Allah S.w.t pure, ada yang kata berpunca dari projek Kenyir 2 (Empangan Sungai Puah dan Empangan Sungai Tembat), ada yang kata akibat pembalakan tanpa batas di hutan-hutan Kelantan, ada yang kata berpunca dari selatan Thailand (kerana selatan Thailand juga dilanda banjir besar). Saya mengatakan, ianya perlu disiasat lebih lanjut kerana semuanya ada kemungkinan dan logik.

Ya, ada beberapa orang pekerja empangan dan TNB yang menafikan hal ini, beserta dengan fakta-fakta masing-masing, tetapi ingat, kejadian pekerja-pekerja kerajaan disuruh merahsiakan atau mendiamkan suatu perkara adalah satu kebiasaan yang berlaku sebelum ini. Kalau buka mulut, mereka akan menanggung risiko dari kerajaan.

Ditambah lagi projek Kenyir 2 (yang belum lagi diisytiharkan secara rasmi), mungkin tidak semua pekerja TNB di Kenyir asal yang tahu banyak perkara tentangnya. Gambar-gambar yang dikemukakan yang menunjukkan ketika Kenyir 2 masih kurang air pun hanya diambil di satu tempat, sedangkan keluasan tasik itu bukannya kecil dan setakat di situ sahaja.

Tidak perlu lah kita bertelagah dan membodohkan pihak yang bertentangan dengan pendapat dan hujjah kita. Ada baiknya masing-masing kita siasat (kalau rajin, kalau malas tak payah), kemudian sama-sama cuba selesaikan masalah. Di sinilah diuji KESABARAN kita, adakah kita bermulut CELUPAR, mudah mengatakan orang lain BODOH, mudah mengutuk dan memaki hamun orang lain atau sebaliknya. Berkata baiklah ataupun diam. Haramnya mencaci maki seorang Muslim. Allah sangat marah orang yang kuat bertengkar

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Antara abey polis (yang juga salah seorang mangsa yang mencari tempat selamat di atas bukit sewaktu banjir besar) yang sanggup berpenat lelah bersengkang mata membantu orang-orang kampung, alhamdulillah

gambar cermin kereta pecah kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai

gambar kereta terbalik kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai

gambar kereta kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai

gambar kereta tersadai kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Berpuluh-puluh kereta yang ditenggelami banjir. Ada yang ditimpa pokok sampai remuk

Kawasan ini sepatutnya adalah antara kawasan yang tertinggi di kampung ini. Banyak kereta yang disimpan di sini untuk menyelamatkan dari banjir. Tetapi kali ini, kawasan yang tinggi ini pun turut sama terjejas.

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Atap-atap zink bertaburan di atas tanah

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
Motosikal-motosikal yang dalam proses pembaikian pun dah semakin rosak

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Sampaikan peti sejuk dan televisyen tersadai di atas pokok, penangan banjir yang sangat luar biasa

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Pokok besar yang tumbang

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Menunggu bantuan dari anda dan pihak-pihak yang berkenaan. Tiang letrik sampai terbalik

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Bayangkan, kedudukan agak jauh dari jalan besar, dengan lumpur dan tanah liatnya yang tebal, dengan bekalan makanan dan letriknya tidak ada, kenderaan semuanya rosak akibat tenggelam dalam banjir, sangat susah untuk berulang-alik ke luar untuk mencari keperluan asasi. Allahu rabbi

gambar kesan Banjir besar di Kampung Manjor, Kuala Krai
 Merenung nasib

Hanif, Fahmi dan Faiz
Faiz, Hanif dan Fahmi antara yang turut menyumbang

gambar kesan Banjir di Kampung Manjor, Kuala Krai
Antara kenderaan yang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir secara bersemuka

Antara yang diperlukan oleh penduduk-penduduk yang menjadi mangsa ini sekarang ialah bahan makanan, keperluan asasi, lampu / lilin (untuk menerangi waktu malam tanpa elektrik mereka), ubat nyamuk, alat-alat untuk memasak, makanan sunnah dan berkhasiat untuk mencegah penyakit dan mengubati (contoh seperti madu lebah, habbatus sauda', jus kurma, air zam zam, jus mengkudu, jus biji anggur dan seumpamanya), dan mungkin ada baiknya dihantar pakaian untuk solat juga.

Banyak luar-biasanya pada banjir ini. Selain dari air yang meluru dengan deras dari arah hulu seperti yang saya sudah nyatakan di atas, kawasan ini juga adalah kawasan bukit-bukau (dengan kata lain adalah suatu tempat yang tinggi). Sangat pelik banjir besar boleh berlaku di kawasan bukit-bukau ini. Ya, kuasa Allah tiada batasan dan Allah S.w.t boleh lakukan apa sahaja, tetapi jangan kita lupa bahawa manusia juga ada melakukan kerosakan di muka bumi ini, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini yang penuh dengan teknologi-teknologi canggih.

"Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." [Surah ar-Rum : 41]

Ada bencana yang berlaku akibat bala dari Allah S.w.t untuk ditimpakan ke atas orang-orang yang bersalah. Tetapi jangan lupa, ada juga kerosakan yang berlaku akibat kezaliman dan kelalaian manusia lain. Dan sekali bala berlaku, akan terkena semua termasuk yang tidak bersalah.

Luar biasa lain lagi, kalau dilihat tebing Sungai Lebir (sungai di tepi kampung Manjor ini), ianya sangat tinggi dan jauh dari muka air sungai biasa. Saya tak sempat ukur ketinggiannya, tapi saya anggarkan dalam berpuluh-puluh kaki tinggi juga. Sayup dilihat ke bawah dari atas tebing ini. Dengan, hujan yang tidak sebanyak tahun-tahun lepas, tiba-tiba air meluru naik dengan luar biasa.

Menurut orang-orang veteran pun, banjir yang berlaku di daerah ini adalah banjir terbesar yang pernah berlaku malah lebih besar dari banjir terbesar yang berlaku sebelum ini iaitu banjir yang diberi nama Bah Merah pada tahun 1926 (di zaman penjajahan British), dan kemudian berlaku lagi pada tahun 1967. Dinamakan Bah Merah kerana airnya kemerah-merahan kesan dari lumpur dari bahagian hulu.

Kejadian ini perlu disiasat lebih lanjut lagi. Dan adakah secara kebetulan, berlakunya banjir yang sangat dasyat ini ketika ramai dato' dan menteri sedang bercuti di luar negara? Dan ada juga yang masih nak pergi bercuti ketika banjir sedang teruk melanda. Sekadar persoalan yang perlu dirungkai, bukan sengaja nak bersangka buruk. Kerana terlalu banyak sangat kebetulan.

Dan saya menyeru agar pihak kerajaan giatkan lagi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Gambar-gambar di atas hanya gambaran kecil sahaja. Masih banyak mangsa, rumah-rumah yang ranap, apalagi yang tinggal terpencil, uzur dan sebagainya, astaghfirullah.

Saya yakin, jika ini berlaku di zaman Nabi S.a.w, Khalifah Abu Bakr, Umar, Utsman, Ali r.a, Umar bin Abdul Aziz rhm.a dan beberapa lagi khalifah mulia dulu, pasti mereka akan mengerahkan jutawan-jutawan dan orang-orang kaya agar menghulurkan dan mengumpul sebahagian besar dari harta mereka untuk membantu membina balik tempat tinggal ummah kita yang bernasib malang ini. Apa gunanya kalau ada ramai jutawan dan billionwan, kalau harta mereka hanya terperuk dalam bank, sedangkan saudara-saudara kita di luar sana dalam keperitan???

Bacalah kisah sahabat nabi iaitu Abdur Rahman bin Auf sebagai pengajaran murni bagaimana seorang kaya sepatutnya bertindak membantu orang-orang miskin dan susah.

Walaubagaimana pun, semuanya telah berlaku, dan ianya adalah UJIAN dari Allah S.w.t. Semoga mangsa-mangsa banjir dapat redha dan menerimanya sebagai kifarah, bersabar dan dipermudahkan urusan mereka oleh Allah S.w.t. Bantuan-bantuan dari Allah S.w.t pun sudah banyak dan tak putus-putus sampai sekarang, dengan tak putus-putusnya kunjungan bantuan orang dari seluruh Malaysia ke sana. Siapakah yang menggerakkan hati-hati mereka untuk membantu jika tidak Allah Yang Maha Mengasihani?

Harap maaf jika ada salah dan silap. Wallahu a'lam .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.