Khamis, 14 Ogos 2014

Vatican City izinkan Amerika perangi IS demi Kristian Iraq

Obama and Pope Francis
Vatican memberikan persetujuannya kepada angkatan udara Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan terhadap ISIS / ISIL dengan alasan melindungi warga Kristian Iraq. 

Duta Besar Vatican ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Silvano Tomasi minggu ini menyokong serangan udara Amerika Syarikat yang ditujukan untuk menghalang pergerakan ISIS / ISIL, dengan mengatakan lakukan "campur tangan sekarang sebelum terlambat." 

"Tindakan ketenteraan mungkin diperlukan," kata Tomasi seperti dilaporkan oleh AFP (14/8/2014).

Dasar Vatican ini berbeza ketika Amerika Syarikat meminta izin untuk menggempur Iraq tahun 2003 dan rancangan serangan udara 2013 ke atas Syria. Ketika itu Vatican tidak bersetuju dengan serangan udara AS dengan alasan bimbang akan memburukkan lagi keadaan warga Kristian di sana. 

Sokongan tentera diperlukan untuk "menghentikan serigala memasuki kumpulan gembalaan untuk membunuh, memakan dan memusnahkan," kata Rabban Al-Qas, uskup di Amadiyah dari gereja Katolik Khaldea (aliran Katolik di kawasan Syria dan sekitarnya) kepada Radio Vatican.

Tomasi mendesak agar mereka yang membiayai dan membekalkan senjata kepada kumpulan fundamentalis (ISIS / ISIL, red) dan negara-negara yang menyokongnya perlu diungkap. 

Sementara itu pemimpin Gereja Katolik Khaldea Louis Sako yang berpusat di Iraq meminta campur tangan tentera yang lebih luas oleh Amerika Syarikat. Alasannya, serangan udara AS hanya memberikan sedikit harapan boleh berjaya menghalang serangan ISIS / ISIL. Sako kecewa kerana Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hanya memberikan bantuan tentera untuk melindungi Arbil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.