Jumaat, 15 Ogos 2014

Milky Way di kampung Tepoh, Kuala Terengganu - 14 Ogos 2014

Memandangkan ada beberapa ketika semalam langit clear (tanpa awan) dan bulan belum muncul lagi (menandakan tiada pencemaran cahaya di angkasa) maka saya telah keluar untuk menembak (bukan zionis) Milky Way Galaxy (Galaksi Bima Sakti) di kampung Tepoh, Kuala Terengganu.

Milky Way di kampung Tepoh, Kuala Terengganu

Gambar-gambar ini agak "noise" kerana saya lupa untuk meng ON kan pada setting Long Exposure Noise Reduction. Sepatutnya kena ON setting itu agar gambar kurang noise, lebih berkualiti dan contrastnya pun boleh diejas lebih banyak agar Milky Way itu lebih nyata dan jelas rupa dan warnanya.

Maklumlah, agak terburu-terburu mencari tempat yang gelap yang sesuai untuk menembak Milky ini hinggakan terlupa beberapa perkara, ditambah lagi dengan sudah lamanya tidak aktif menembak.

InsyaAllah untuk Milky Way akan datang saya akan lebih cermat dan semoga tidak lupa untuk ON kan Long Exposure Noise Reduction. Dan cuba untuk mencari kawasan yang "lebih gelap" dan lebih menarik lagi.  :-D

Galaksi Bima Sakti di kampung Tepoh, Kuala Terengganu

Milky Way di kampung Tepoh, Kuala Terengganu

Fikir-fikir, renung-renung kebesaran Allah Ta'ala ....... 

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka!" [Surah Aali-Imran : 191]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.