Jumaat, 1 Ogos 2014

85 Peratus Jaringan Telefon dan Internet Gaza rosak teruk

PalTel Groups
Syarikat Telekomunikasi Palestine (PalTel Group), satu-satunya yang ada di Jalur Gaza, mengumumkan, infrastruktur komunikasi telefon rumah, bimbit dan internet di Jalur Gaza mengalami kerosakan teruk akibat serangan peluru berpandu dan roket Israel.

Keadaan ini terutama sekali adalah akibat hancurnya loji janakuasa satu-satunya di Jalur Gaza dan juga akibat kekurangan bahan bakar untuk mengendalikan generator.

"Kerosakan teruk ini menyebabkan gangguan pada 85% perkhidmatan komunikasi dan internet di sebahagian besar kawasan di Semenanjung Gaza," demikian kenyataan rasmi PalTel Group hari Selasa, seperti yang dilaporkan Pasukan Wartawan Mi'raj Islamic News Agency (MINA) di Gaza.

Amar Al Akr, Pengarah Teknikal PalTel Groups, menjelaskan, kerosakan teruk berpengaruh sangat ketara terhadap rangkaian mudah alih.

"Sekurang-kurangnya 240 stesen telekomunikasi berhenti bekerja akibat putusnya sebahagian besar rangkaian elektrik, serta hancurnya 14 stesen lain kerana serangan-serangan Israel. Jumlah stesen yang masih beroperasi ketika ini adalah 261 stesen, akan tetapi semua stesen tersebut akan berhenti total dalam 48 hingga 72 jam," katanya.

Masih menurut Al Akr, sekurang-kurangnya 20 peranti rangkaian telefon rumah dan internet juga mendapat gangguan sangat parah, terutama di beberapa kawasan seperti Shejaiyah, Bayt Hanoun, Khuza'a, Bayt Lahiya dan Rafah. 

Di samping peranti lain, di beberapa tempat juga tidak boleh beroperasi akibat hancurnya jaringan elektrik. 

Pada masa ini sekurang-kurangnya ada 35 stesen tempatan di Gaza yang beroperasi dengan generator elektrik yang ertinya memerlukan penggunaan ribuan liter bahan bakar per-hari, sedangkan cadangan bahan bakar tersebut hanya cukup untuk beberapa hari saja. Lagi pula generator-generator tersebut direka hanya untuk keadaan darurat dan masa terhad, sehingga jika digunakan secara terus menerus akan mengakibatkan kerosakan secara tiba tiba.

Walaupun dalam keadaan sukar, PalTel Groups menegaskan akan tetap melakukan yang terbaik untuk kelangsungan perkhidmatan perkhidmatan komunikasi, dan mengupayakan mengembalikan perkhidmatan komunikasi dengan jalur-jalur cadangan. 

Pihaknya juga mengimbau warga di Jalur Gaza untuk memahami kekangan yang dihadapi syarikat.

[Mi'raj Islamic News Agency]


p/s: Allahu Rabbi!  Janganlah sampai terputus terus hubungan antara Palestine dengan dunia luar! Ya Allah!  Ya Hayyu Ya Qayyum! Bantulah Mujahidin dan saudara-saudara kami yang ditindas dan dizalimi di Gaza! Amiin ....... :-(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.