Gaza tanpa elektrik sekarang, dan ini bermakna tidak akan ada air, tidak ada komunikasi dengan dunia luar dan keadaan kritikal di hospital!
Bangunan saluran TV Al Aqsa telah dimusnahkan oleh jet F-16 Israel malam tadi dan menyebabkan terhentinya penyiaran TV untuk seketika.
Israel memberi tumpuan dalam memusnahkan pejabat-pejabat Media dan TV dalam usaha untuk menghentikan pemindahan imej sebenar situasi berterusan kepada dunia.
Israel juga mensasarkan pejabat Al jazeera TV Channel, dan lain-lain banyak stesen Radio di Gaza.
[Aman Palestine-Malaysia Media Unit]
p/s: Ya Allah, bagaimana dengan nasib mereka-mereka yang parah di hospital. Bagaimana untuk lakukan sesetengah rawatan dengan baik jika elektrik tiada? Bagaimana dengan waktu malam?
Bayangkan-lah keadaan saudara-saudara kita di sana, tiada elektrik dalam keadaan yang sebegini dasyat!
Nampaknya, Zionis betul-betul mahukan Palestine PUPUS dari dunia ini. Dan ingatlah wahai negara-negara jiran kepada negara Israel itu, wilayah Syam bukan Palestine sahaja sebelum ini tetapi termasuk juga Syria, Lubnan dan Jordan. Dan Israel mungkin mahukan kesemuanya, satu persatu!
Ya Allah! Bantulah saudara-saudara kami di Gaza! Ya Allah, hantarlah tentera-Mu membantu penduduk Gaza! Ya Hayyu Ya Qayyum!
:-( :-( :-(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)