Isnin, 28 Julai 2014

Kitab terawal dikarang dalam Islam

Kitab terawal di karang dalam Islam
Kata orang, kitab yang pertama dikarang dalam Islam ialah kitab Ibnu Juraij tentang atsar dan huruf-huruf tafsir dari Mujahid, Atha' dan teman-teman Ibnu Abbas r.a di Makkah.

Kemudian muncul kitab Ma'mar bin Rasyid Ash-Shan'ani di Yaman. Dikumpulkan di dalamnya sunnah yang dipusakai dari Nabi S.a.w.

Kemudian lahir kitab al-Muwattha' di Madinah karangan Imam Malik bin Anas. Kemudian kitab Jami' karangan Sufyan ats-Tsauri.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menentang Imam Malik kerana dikarangnya kitab al-Muwattha'. Ahmad berkata, "Tuan ada-adakan yang tidak dikerjakan para shahabat r.a."

Kemudian pada abad ke 4 hijriyyah muncullah karangan-karangan tentang ilmu Kalam. Lalu ramai lah orang berkecimpung dalam pertengkaran dan tenggelam dalam membatalkan kata-kata.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, jilid 1, kitab Ilmu]


Jika anda mempunyai maklumat yang lebih tepat tentang kitab apa yang mula-mula dikarang dalam Islam, sila berkongsi, terima kasih.

p/s: Tidak lah penting sangat untuk diketahui. Sekadar untuk pengetahuan am dan kepuasan berfikir tentang alam ciptaan Allah Ta'ala.

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.