Ahad, 6 Julai 2014

Kisah Iblis mengutus tenteranya menyiasat keadaan Umat Nabi Muhammad S.a.w

Azazil Iblis
Diceritakan tentang Iblis yang kena kutukan Tuhan, bahawa Iblis itu mengirim tenteranya pada masa shahabat r.a. Maka kembalilah tentera itu kepada Iblis dengan perasaan menyesal.

Bertanya Iblis, "Apa khabar kamu sekelian?"

Tentera Iblis itu menjawab, "Belum pernah kami melihat seperti mereka itu. Kami tidak memperolehi sesuatu dari mereka. Mereka telah meletihkan kami."

Maka sambung Iblis, "Rupanya kamu tidak mampu menghadapi mereka, dimana mereka telah menyertai nabinya dan menyaksikan turun wahyu dari Tuhannya. Tetapi selepas mereka itu nanti, akan datang suatu kaum yang akan kamu perolehi hajatmu dari mereka."

Tatkala datang masa Tabi'in, Iblis itu mengirimkan lagi bala tenteranya. Itupun tentera Iblis itu kembali dengan tangan kosong. Mereka itu berkata, "Belum pernah kami lihat yang lebih menakjubkan dari mereka. Kami perolehi satu demi satu dosa mereka. Tetapi apabila petang hari, lalu mereka memohon ampun (bertaubat kepada Tuhan). Maka digantikan oleh Allah kejahatan mereka menjadi kebaikan."

Sambung Iblis itu lagi, "Kamu tidak akan memperolehi sesuatu dari mereka, kerana ketauhidan mereka itu benar dan kerana teguhnya mereka mengikuti nabinya. Tetapi akan datang setelah mereka nanti, suatu kaum yang senang hatimu melihat mereka. Kamu dapat mempermain-mainkan mereka dan mengajak mereka menurut hawa nafsunya, menurut kemahuan-mu. Kalau mereka meminta ampun, maka tidak akan diampunkan. Dan mereka tidak akan bertaubat. Maka kejahatannya digantikan oleh Tuhan dengan kebajikan."

Berkata Iblis itu seterusnya, "Setelah qurun pertama, maka datanglah suatu kaum, lalu bergeraklah hawa nafsu mereka dan berhiaslah mereka dengan perbuatan-perbuatan bid'ah. Maka mereka memandang yang bid'ah itu halal dan membuatnya jadi agama. Tidak pernah mereka memohon ampun dan bertaubat daripadanya. Maka mereka dikuasai oleh musuh-musuhnya dan dihalaukan ke mana saja dikehendaki oleh musuh-musuhnya."

Kalau anda bertanya, "Dari manakah orang yang menerangkan tadi mengetahui apa yang dikatakan Iblis, padahal dia tidak melihat Iblis dan tidak berbicara dengan Iblis tentang yang demikian itu?"

Maka ketahuilah kiranya, bahawa orang-orang yang mempunyai hati, terbuka bagi mereka segala rahsia alam ghaib (alam malakut), sekali dengan jalan ilham, dengan melintas datang kepada mereka dari arah yang tidak diketahuinya. Sekali dengan jalan mimpi yang benar. Dan sekali sedang jaga (tidak tidur), dengan jalan terbuka segala pengertian dengan menyaksikan contoh-contoh, seperti yang dalam tidur tadi.

Dan inilah tingkat tertinggi, iaitu sebahagian dari tingkat-tingkat kenabian yang tinggi, sebagaimana mimpi yang benar, adalah suatu bahagian dari empat puluh enam bahagian dari kenabian.

Maka hati-hatilah, bahawa ada bahagianmu dari ilmu ini, mengengkari apa yang melewati batas kesingkatan faham-mu.

[Imam al-Ghazali - Ihya' Ulumuddin, jilid 1, kitab Ilmu]


p/s: Imam al-Ghazali dan adiknya Ahmad juga terkenal dengan Ilmu Laduni. Ada kisah-kisah lain lagi tentang mereka, insya Allah akan diupdate di masa akan datang jika umur masih ada dan keupayaan masih diberi oleh Allah S.w.t. 

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.