Isnin, 7 Julai 2014

Kisah Iblis berdialog dengan Nabi Nuh

Bahtera Nuh
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam Maka-idus Syaithan, dari Umar dia berkata; "Ketika Nuh a.s menaiki bahtera, dia melihat padanya sesuatu, yang tidak dikenalinya. Maka dia berkata padanya, "Siapa kamu?" Diberitahu padanya, "Iblis."

Nuh a.s berkata, "Kenapa kamu masuk?" Lalu Iblis berkata, "Aku masuk untuk memberi musibah pada hati sahabat-sahabatmu, agar jadilah hati mereka bersamaku dan badan mereka bersamamu." 

Nabi Nuh berkata, "Keluarlah kamu, hai musuh Allah!" 

Maka berkata Iblis, "Ada lima perkara yang aku buat untuk merosakkan manusia, dan aku akan menceritakan kepadamu tiga perkara, tetapi aku tidak akan ceritakan yang dua perkara lagi." 

Maka Allah S.w.t memberi wahyu kepada Nabi Nuh, "Sesungguhnya kamu tidak perlukan tiga perkara itu, perintah-lah Iblis agar ceritakan yang dua perkara lagi itu." 

Berkata Iblis, "Dengan dua perkara ini aku rosakkan manusia. Keduanya itu adalah hasad dengki, dengan hasad dengki aku dilaknat dan dijadikan Syaitan yang direjam, dan sifat tamak, diberikan pada Adam syurga kesemuanya, maka aku timpakan hajatku padanya dengan sifat tamak."

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dia berkata, "Yang mula-mula dibawa masuk ke bahtera ialah pokok jagung, dan yang terakhir masuk bahtera ialah keldai, dan masuk iblis bergantungan pada ekor keldai."

[Imam as-Suyuthi - Luqtul marjaan fii ahkaamil jaan]


* Luqtul marjaan fii ahkaamil jaan adalah kitab ringkasan dan tambahan ditulis oleh Imam as-Suyuthi dari kitab asal karangan Imam as-Syibli iaitu Akaamul marjaan fii ahkaamil jaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.