Berita Terkini

Khilaf Ulama' dalam menentukan Halal atau Haram memakan Haiwan Bertaring



Khilaf Ulama' dalam menentukan Halal atau Haram memakan Haiwan Bertaring
Ikuti penjelasan oleh Maulana Asri Yusoff tentang bagaimana sudut pandang Imam Malik tentang halal atau haram makan haiwan bertaring, yang juga berdasarkan kepada hadits Nabi S.a.w dan dikuatkan lagi dengan hujjah dari Al-Qur'an.

p/s: Ilmu Fiqh ini sangat luas, semoga kita dapat berlapang dada dalam masalah khilafiah. Tak perlu kita menjadi orang yang keras kepala, keras hati, kepala batu yang merasakan hanya pendapat kita yang betul dan mengatakan orang lain salah. Walaupun pendapat kita telah kita pegang dari masa kita kecil lagi, sampai ke tua.

Ini pentingnya kena rajin belajar ilmu-ilmu agama. Rajin berbincang, bermesyuarat dan bersembang tentang perkara-perkara agama. Bukan sibuk bersembang dengan perkara dunia semata. Mana lebih penting, akhirat atau dunia?

Kenapa banyak perkara agama yang kita tidak tahu selama ini? Kerana silap kita juga yang malas belajar agama. Tiba-tiba kita berdepan dengan suatu perkara khilafiah yang tidak sehaluan dengan pendapat dan pengetahuan yang ada pada kita, terus kita emosi dan memaki-hamun sana sini. Nabi S.a.w ajar kita maki-hamun orang lain ke? Sama-sama kita Muhasabah diri kita. 

Jika kita sesama Muslim dan Mu'min bersikap berkasih sayang antara satu sama lain, insya Allah akan kurang berlaku pertengkaran sesama sendiri. Seperti mana sikap para sahabat Nabi S.a.w sesama mereka, iaitu "ruhamaa-u bainahum" (berkasih sayang sesama mereka).

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ 

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras (dan tegas) terhadap orang-orang kafir (yang memusuhi Islam), tetapi berkasih sayang sesama mereka (umat Islam)....... " [Surah al-Fath : ayat 29]

Bersikap keras terhadap orang kafir yang memusuhi Islam sahaja, tetapi yang tidak memusuhi (contohnya kafir dzimmi) mesti dilayan dengan baik juga.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, dari Nabi S.a.w beliau bersabda; "Sesungguhnya petunjuk yang shaleh, perangai yang shaleh, dan kesederhanaan itu adalah satu bahagian dari 25 bahagian kenabian." [Tafsir Ibnu Katsir, surah al-Fath, ayat 29]

Wallahu a'lam ....... :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.