Ahad, 15 Jun 2014

Persatuan Ulama Sunni kritik seruan agar Syiah berperang di Iraq

Persatuan Ulama Sunni kritik seruan agar Syiah berperang di Iraq
Persatuan ulama Muslim Sunni pada Sabtu kelmarin (14/6/2014) mengkritik seruan kepada kaum Syiah Iraq untuk melawan serangan jihadis di Iraq utara. Bagi persatuan ulama antarabangsa, kejadian yang berlaku di Iraq ketika ini adalah "revolusi Sunni."

Persatuan ulama Muslim antarabangsa yang berpusat di Doha mengatakan bahawa perkembangan di Iraq adalah hasil dari penindasan dan peminggiran rakyat yang mahukan kebebasan, merujuk pada minoriti masyarakat Arab Sunni yang ada di negara itu.

Organisasi ulama yang dipimpin oleh ulama berpengaruh Syaikh Yusuf al-Qaradhawi tersebut mencela fatwa-fatwa mazhab yang menyeru warga Syiah mengangkat senjata kerana hanya akan membawa kepada perang mazhab yang menghancurkan.

"Kami menggesa saudara-saudara Syiah di Iraq dan di tempat lain dan warga Sunni untuk tidak menjadi bahan bakar perang mazhab mengerikan dan menyeru mereka untuk saling menyokong untuk mencapai penyelesaian yang layak di Iraq," kata kenyataan organisasi persatuan ulama tersebut. 

Ribuan warga Syiah dilaporkan telah mendaftar menjadi sukarelawan selepas ulama Syiah Ayatollah Ali al-Sistani menyeru warga Iraq untuk bergabung dengan perang melawan militan.


Sukarelawan Syiah

Persatuan ulama mengatakan pemberontakan tidak mungkin hanya dipimpin oleh satu parti Islam, merujuk kepada ISIS, dan menggambarkan peristiwa di Iraq sebagai revolusi total kaum Sunni. 

"Ini bukan sebuah revolusi melawan kaum Syiah. Perkara ini bertujuan untuk memulihkan hak-hak yang sah," kenyataan persatuan ulama menjelaskan dan mereka menyeru pembentukan sebuah kerajaan perpaduan nasional di Iraq.

Pejuang ISIS
Shakir Wahiyib (tengah) bersama militan ISIS yang akan muncul di kamera tanpa menutup muka beliau




[Islampos / Sunday Express / AFP]


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.