Berita Terkini

Tokoh Syiah Ali Al-Sistani ajak rakyat Iraq Perang Suci lawan Kumpulan Sunni

Ali Al-Sistani
Tokoh spiritual Syiah Grand Ayatollah Ali-Al-Sistani hari Jumaat (13/6/2014) mengajak rakyat Iraq mengangkat senjata memerangi kumpulan-kumpulan Islam (Sunni) yang disebutnya sebagai "pengganas".

"Warga negara yang mampu memikul senjata dan memerangi pengganas, mempertahankan negara mereka dan rakyat mereka serta tempat-tempat suci mereka, perlu merelakan diri dan bergabung dengan pasukan keselamatan untuk mencapai matlamat suci ini," kata wakil mengumumkan maklumat Al-Sistani semasa ibadah Jumaat (13/6/2014) di bandar Karbala, bandar sucinya penganut Syiah.

Al-Sistani, tokoh Syiah yang jarang muncul secara umum, merupakan tokoh yang sangat berpengaruh di kalangan Syiah dunia dan diidolakan oleh para penganut Syiah. 

"Dia yang mengorbankan nyawanya demi mempertahankan negaranya dan keluarganya serta kehormatannya akan menjadi syahid," tambahnya seperti yang dilaporkan oleh AFP. 

Kumpulan ISIS / ISIL dan kumpulan-kumpulan bersenjata yang lain di Iraq beberapa hari terakhir melancarkan serangan di beberapa wilayah, sehingga beberapa bandar penting di Iraq seperti Mosul dan Tikrit, jatuh ke tangan mereka.

Pasukan keselamatan kerajaan Baghdad yang kini dikuasai oleh ahli politik Syiah baik di Parlimen mahupun di pentadbiran, sejauh ini tidak mampu menghadapi serbuan kumpulan-kumpulan bersenjata itu. Pelbagai laporan mengkhabarkan, tentera kerajaan lari lintang-pukang meninggalkan pos-pos mereka selepas menanggalkan seragam ketenteraannya.

Perdana Menteri Nuri Al-Maliki, seorang ahli politik Syiah yang naik ke puncak kepimpinan Iraq dengan sokongan Amerika Syarikat, telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melengkapkan rakyat yang bersedia berperang melawan kumpulan-kumpulan bersenjata.

Sementara itu Iran, sekutu pemerintahan Perdana Menteri Iraq Nuri Al-Maliki, dikhabarkan telah menghantar 500 anggota pasukan elitnya, Garda Nasional, untuk melawan kumpulan bersenjata yang memerangi rejim Syiah Baghdad.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada hari Jumaat mengatakan, pihaknya sedang menimbang pelbagai pilihan untuk melawan "pemberontakan Islam" di Iraq.

Sementara itu China, salah satu pelabur terbesar dalam bidang petroleum di Iraq, mengatakan bahawa mereka memantau perkembangan situasi keselamatan di Iraq dan menawarkan kerajaan Baghdad bantuan apapun yang boleh diberikan oleh Beijing.

[Hidayatullah]


Kerajaan Nouri Al-Maliki Sekat Seluruh Laman Jejaring Sosial Di Iraq

WhatsApp Facebook
Jabatan Komunikasi dalam pemerintahan Nouri Al-Maliki pada hari Jumaat telah menyekat seluruh rangkaian sosial dan laman web video YouTube di Ibukota Baghdad.

Salah satu sumber dari pembekal syarikat Internet di bandar tersebut mengatakan bahawa Kementerian Komunikasi telah meminta pembekal perkhidmatan perkhidmatan internet untuk menyekat laman jejaring sosial di Baghdad.

Sejumlah warga Baghdad yang menggunakan perkhidmatan ini mengatakan bahawa laman jejaring sosial tiba-tiba terputus pada petang ini tanpa pemberitahuan, begitu pula laman YouTube. Sebagaimana menurut Anatolia.

Selain itu, menurut Militan Iraq menyatakan bahawa kerajaan Maliki telah menyekat laman jejaring sosial dan Whats App diseluruh Iraq, dan bukan hanya di ibu negara saja.

[Era Muslim]


Rouhani Lecehkan Serangan ISIS sebagai Respon Kekalahan Muslim Sunni dalam Pilihan Raya Demokrasi di Iraq

Presiden Iran Hassan Rouhani dan Barack Obama
Presiden Iran Hassan Rouhani berkata pada hari Sabtu bahawa negaranya bersedia membantu Iraq, dia menambah bahawa "tidak ada pilihan lain selain menghadapi keganasan."

Rouhani ungkapkan perkara itu dalam sidang akhbar bahawa militan Sunni (ISIS) yang telah merampas bandar di Iraq utara minggu ini berkaitan dengan ahli politik sunni Iraq yang kehilangan kerusi dalam pilihan raya parlimen yang diadakan pada bulan April lalu.

"Kami akan mengkaji jika ada permintaan (bantuan tentera) dari Iraq. Sampai semasa ini, tidak ada permintaan khusus untuk bantuan tentera. Tapi kami bersedia untuk membantu dalam kaitan hukum antarabangsa, "katanya.

Iran telah membina hubungan politik dan ekonomi yang sangat erat dengan Iraq sejak pencerobohan 2003 kerajaan AS yang menggulingkan kerajaan Sunni yang dipimpin Saddam Hussein, dan ramai penganut Syiah Iraq berpengaruh, termasuk Perdana Menteri Nouri al-Maliki, telah menghabiskan masa di Iran.

Rouhani ungkapkan ISIS tidak boleh dengan cepat meraih kemenangan tersebut, pasti ada "masalah lain atau koordinasi pihak lain yang terlibat." Seperti para penyokong Saddam Hussein yang digulingkan serta militan Sunni lain yang diyakini telah bersekutu dengan ISIS dalam kempen melawan kerajaan Syiah dan kepimpinan Amerika di Baghdad.

"Mereka yang kalah (dalam pilihan raya demokrasi) telah menggunakan peluru. Ini adalah kesalahan serius," kata Rouhani.

[Era Muslim]


p/s: Rouhani mengatakan serangan militan Sunni adalah "kesalahan serius". Kita boleh tanya Rouhani balik, serangan tentera Amerika Syarikat yang dibantu oleh Syiah ke atas kerajaan Iraq pemerintahan Saddam Hussein dulu "bukan kesalahan serius" ke?

Faktanya, militan Sunni sekarang cuba merampas kembali "hak mereka" yang telah dirampas oleh tentera Amerika Syarikat dulu. Mana boleh pejam mata sahaja dengan sejarah itu.
.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (88) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.