Khamis, 12 Jun 2014

Melly Goeslaw mula bertudung tutup aurat

Pemuzik merangkap Pencipta lagu, Melly Goeslaw nampaknya sudah mula mengenakan hijab untuk menutup aurat, sebagaimana kewajiban seorang muslimah.

Melly Goeslaw mula bertudung tutup aurat

Wanita kelahiran 7 Januari 1974 itu mengakui, sejak mengerjakan umrah beberapa waktu lalu, dirinya merasakan pengalaman keagamaan yang luar biasa. Sejak saat itulah vokalis kumpulan muzik Potret ini memutuskan untuk mengenakan hijab.

Keputusan artis yang nama penuhnya Meliana Cessy Goeslaw untuk menutup aurat juga mendapat sokongan penuh dari kedua buah hatinya, Anakku Lelaki Hoed (Ale) dan Pria Bernama Hoed (Abe).

"Anak-anak support banget. Apalagi kalau pakai tudung atau hijab, terus rambutku kelihatan atau keluar-keluar, mereka pasti pada komplain," ujar Melly.

Melly suka ikut cara bertudung Umi Pipik (Pipik Dian Irawati), isteri Allahyarham Ustadz Jefry Al-Buchori, lapor Liputan 6.

Melly ada mencipta single bernuansa Islamik yang dinyanyikan oleh Rossa bertajuk 'Hijrah Cinta' persembahan untuk Allahyarham Ustad Jeffry Al-Buchori.

[inilah.com / Liputan 6]


p/s: Alhamdulillah, walaupun masih lagi tudungnya kelihatan "tabarruj' dan berhias-hias, tetapi ok lah buat permulaan, daripada rambut terurai terus macam pontianak. Lama-lama nanti makin sederhana kan tudungnya ya Melly.  :-D

Semoga Melly dapat terus maintain pakai tudung dan menutup aurat semua sampai mati :-)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.