Rabu, 11 Jun 2014

Cara praktikal Mengatasi Bau Mulut

Cara praktikal Mengatasi Bau Mulut
Lebih daripada 300 spesis bakteria menghuni mulut kita. 90 peratus daripada bakteria tersebut menyebabkan bau mulut kerana pengumpulan sulfur pada permukaan lidah dan bahagian bawah tekak. Sulfur adalah unsur yang membantu dalam memproses makanan untuk pencernaan. Berikut tip yang disampaikan Arab News baru-baru ini:

Penyebab Bau Mulut

Ada banyak penyebab bakteria dan sulfur meningkat dalam mulut yang menyebabkan bau mulut mengganggu, seperti:

- Makan banyak protein yang terkandung dalam daging dan keju.

- Makan makanan yang membentuk penapaian dalam usus, seperti gula dan bawang, menyebabkan pertumbuhan bakteria.

- Beberapa ubat yang menyebabkan tekak kering, seperti antibiotik dan anti-alergi.

- Kulat, kerosakan gigi, radang gusi, luka pada mulut dan lidah.

- Tambalan lama juga boleh menyebabkan bau mulut.

Kaedah memeriksa nafas anda

Ramai orang tidak menyedari bau mulutnya kerana sukar untuk mengenali keadaan diri sendiri. Berikut beberapa kaedah yang boleh membantu memeriksa nafas anda:

1. Jilat belakang tangan anda, dan tunggu sampai air liur kering sehingga sulfur melekat pada kulit anda dan menjadi mudah untuk dikesan.

2. Berdiri di depan cermin dan julurkan lidah keluar. Jika anda melihat lapisan kuning yang menutupi tengah lidah, maka itu adalah indikasi terkumpul sulfur.

Penyelesaian sederhana 

Bila anda akan menghadiri acara sosial, cubalah untuk mengelakkan makanan yang menyebabkan pengumpulan bakteria, seperti bawang merah dan bawang putih. 

Minum banyak air, dengan rata-rata lapan gelas per hari. Ini akan membantu menghasilkan air liur yang secara langsung bertanggung jawab untuk menghilangkan sulfur dan melindungi rongga mulut terhadap pengumpulan bakteria.

Kebersihan gigi 

- Pastikan untuk membersihkan gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan tidak kurang daripada dua minit memberus gigi, terutama selepas makan yang mengandungi bahan fermentasi seperti karbohidrat. 

- Gunakan berus gigi anda untuk mengikis sisa dari lidah anda. 

- Ganti berus gigi anda sekali dalam setiap tiga bulan. 

- Usaha untuk menyingkirkan partikel makanan yang masih ada di antara gigi. 

- Pastikan untuk melakukan kunjungan tahunan ke doktor gigi untuk memastikan gigi anda sihat dan tidak mempunyai kerosakan gigi.

Penyelesaian sia-sia

Menggunakan produk ubat kumur dan gula-gula getah rasa mint hanyalah sia-sia dalam menghilangkan bau mulut kerana mereka hanya menawarkan penyelesaian sementara dan bukan tindakan total. 

Sebahagian besar produk-produk ini mengandungi alkohol dan gula yang boleh mengeringkan mulut, sehingga jumlah air liur, yang merupakan pembersihan mulut-semulajadi, berkurangan. Lebih baik pilih produk bebas alkohol dan bebas gula.

Rawatan Asli

- Anda boleh menggosok beberapa titis minyak pokok teh, yang mempunyai peranan berkesan memerangi virus dan cendawan pada gusi. Anda juga boleh mencampurkan minyak ini dengan ubat gigi anda.

- Buah badam mentah adalah pilihan yang baik untuk menghilangkan bau mulut yang mengganggu, termasuk bawang putih.

- Saderi dan lobak membantu dalam menghilangkan sisa-sisa sulfur di mulut, lidah dan bahagian bawah tekak kerana kaya dalam serat dan air.

- Menambahkan hirisan lemon ke dalam cawan air membantu menghilangkan bau mulut.

- Gula-gula getah bebas gula selepas makan membantu menghasilkan air liur lebih banyak, yang pada gilirannya akan membantu dalam menyingkirkan sejumlah besar bakteria.



Banyak tips menghilangkan bau mulut lagi di http://caramenghilangkanbaumulut.com/

Wallahu a'lam ....... :-)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.