Isnin, 26 Mei 2014

201 Ulama Dunia keluarkan Fatwa Haram menyertai Pilihan Raya Mesir

Ulama
201 ulama dari berbagai negara Islam di dunia, mengeluarkan fatwa tentang pengharaman ikut mengambil bahagian dalam pilihan raya Presiden di Mesir yang akan dijadualkan akan berlangsung pada hari Isnin dan Selasa.

"Jawatankuasa Penyelarasan untuk Fatwa Umat Islam" telah mengadakan persidangan Pers di Kota Istanbul dan mengumumkan fatwa yang mereka keluarkan dengan tajuk, "Larangan mengakui kerajaan Kudeta dan mengambil bahagian di dalamnya", fatwa tersebut ditandatangani oleh 201 ulama dari berbagai negara Islam di dunia.

Dalam fatwa tersebut, para Ulama menyatakan Haram hukumnya bagi rakyat Mesir mengambil bahagian dalam pilihan raya dan ikut menyumbang di dalamnya begitu pula haram bagi para hakim untuk mengeluarkan keputusan apapun yang berkaitan dengannya. Para ulama menjelaskan bahawa Presiden Muhammad Mursi masih merupakan Presiden yang sah bagi rakyat Mesir, berdasarkan keputusan pilihan raya demokratik dengan suara bulat oleh rakyat yang telah diakui kesahihannya hingga akhirnya ditentang oleh tentera.

Para ulama dalam fatwa tersebut berdalil dengan perkataan khalifah Utsman bin Affan kepada orang-orang yang keluar ingin beliau turun dari jawatannya, beliau berkata, "aku tidak akan melepaskan" pakaian "yang telah Allah Pakai kepadaku", serta fatwa Imam Ahmad bin Hanbal bahawa "menjahit pakaian untuk orang zalim termasuk ikut dalam membantu mereka dalam kezaliman," sebagaimana menurut laporan berita Anatolia.

Para ulama juga menegaskan bahawa bekas Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi membuat perilaku buruk pada umat Islam iaitu dengan menggunakan jawatannya untuk mencapai kuasa, dan dia telah melakukan pembunuhan serta pengusiran warga Mesir serta membahaginya menjadi dua: pengganas dan bukan pengganas. 

Diantara Ulama yang menandatangani fatwa tersebut yang paling menonjol diataranya adalah ketua persatuan Ulama Muslim dunia, Yusuf al-Qaradhawi, dan da'i Salafi terkemuka Syaikh Abdur rahman Abdul Khaliq, serta wakil dari Majlis Umat (Parlimen) Kuwait, Walid Al-Tabtabaie, dan terakhir da 'i berasal dari Kuwait, Nabil al-Awadi.


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.