Berita Terkini

Zikir ketika bermimpi buruk atau baik

Disebutkan dalam riwayat yang shahih dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam, baginda bersabda;

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ، وَالرُّؤْيَا السَّوْءُ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَمَنْ رَأَى رُؤْيَا فَكَرِهَ مِنْهَا شَيْئًا فَلْيَنْفِثْ عَنْ يَسَارِهِ، وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ؛ لاَ تَضُرُّهُ، وَلاَ يُخْبِرْ بِهَا أَحَدًا، فَإِنْ رَأَى رُؤْيَا حَسَنَةً، فَلْيُبْشِرْ، وَلاَ يُخْبِرْ إِلاَّ مَنْ يُحِبُّ

"Mimpi yang baik itu dari Allah dan mimpi-mimpi yang buruk itu dari syaitan. Barangsiapa bermimpi suatu yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meludah ke arah kirinya tiga kali, dan hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan, kerana yang demikian itu tidak akan membahayakannya, dan hendaklah dia tidak memberitahu mimpi itu kepada sesiapa pun. Jika dia bermimpi yang baik, maka hendaklah dia bergembira dan tidak memberitahunya kecuali kepada orang yang disukainya."  [Ditakhrij oleh Bukhari dan Muslim]

Baginda juga memerintahkan orang yang bermimpi buruk untuk mengubah posisi tidurnya dan memerintahkannya untuk solat.  Jadi kaitannya dengan mimpi buruk ini baginda memerintahkan 5 perkara;

1 - Meludah ke samping belah kiri.
2 - Berlindung kepada Allah dari syaitan, iaitu membaca Ta'awwudz
3 - Tidak memberitahu kepada sesiapa pun.
4 - Mengubah posisi tidur.
5 - Bangkit dan mendirikan solat.

Jika Umar al-Khattab r.a hendak diberitahu tentang sesuatu mimpi, maka dia berkata; "Ya Allah, jika itu mimpi baik, maka ia adalah bagi kami, dan jika ia mimpi buruk, maka itu bagi musuh kami."  [1]

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ رُؤْيَا الْمُسْلِمِ تَكْذِبُ، وَأَصْدَقُكُمْ رُؤْيَا أَصْدَقُكُمْ حَدِيثًا، وَرُؤْيَا الْمُسْلِمِ جُزْءٌ مِنْ خَمْسٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ، وَالرُّؤْيَا ثَلاَثَةٌ: فَرُؤْيَا الصَّالِحَةِ بُشْرَى مِنَ اللَّهِ، وَرُؤْيَا تَحْزِينٌ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ، فَإِنْ رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يَكْرَهُ فَلْيَقُمْ فَلْيُصَلِّ، وَلاَ يُحَدِّثْ بِهَا النَّاسَ

"Jika semakin hampir zaman itu (kiamat), banyak mimpi orang Islam tidak bohong. Dan sebenar-benar mimpi di antara kalian adalah mimpi orang yang paling jujur ​​dalam perkataan. Dan mimpi seorang Muslim adalah sebahagian dari empat puluh lima bahagian dari kenabian. Mimpi itu ada tiga; maka mimpi orang soleh adalah berita gembira dari Allah, mimpi menyedihkan adalah dari syaitan, dan mimpi seseorang itu bercakap pada diri sendiri (bisikan hati). Maka jika bermimpi seorang kamu apa yang dibencinya maka bangun dan solatlah, dan jangan menceritakannya kepada orang lain."  [HR Muslim]

Tentang bisikan hati, kadang-kadang akibat terlalu banyak memikirkan sesuatu maka ia membawa kepada termimpi-mimpikan perkara tersebut.

الرُّؤْيَا الحَسَنَةُ مِنَ الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأرْبَعِينَ جُزْءاً مِنَ النُّبُوَّةِ

"Mimpi yang baik dari seorang yang baik adalah sebahagian dari empat puluh enam bahagian kenabian."  [Muttafaq 'alaih]

إِذَا رَأى أحَدُكُمُ الرُّؤْيَا يُحِبُّهَا، فَإِنَّهَا مِنَ الله، فَلْيَحْمَدِ اللهَ عَلَيْهَا

"Jika seseorang kamu bermimpi yang dia sukai, maka ia adalah daripada Allah, maka bertahmid (ucap alhamdulillah) di atas mimpinya itu."  [Ditakhrij oleh Bukhari]

Maka jika bermimpi suatu yang baik dan disukai, maka Rasulullah S.a.w mengajar kita agar mengucapkan 'alhamdulillah' kerana ia datangnya dari Allah.  Serta kita boleh menceritakannya kepada orang-orang yang kita sukai dan boleh dipercayai. 


Rujukan:

1 - Ringkasan Zaadul Ma'ad - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.