Berita Terkini

Minuman alkohol dalam bentuk serbuk sedia dipasarkan di AS

Minuman alkohol dalam bentuk serbuk
Produk minuman alkohol dalam bentuk serbuk kini bersedia dipasarkan dan hanya tinggal menunggu permit jualan sahaja di Amerika Syarikat. Banyak kalangan penyelidik polisi mengenai alkohol meminta masyarakat mewaspadai produk ini.

Syarikat yang menghasilkan serbuk arak ini, Palcohol, berkata pihaknya ingin membuat pelbagai produk serbuk arak, termasuk serbuk vodka dan anggur sehingga boleh dicapai pelanggan di mana saja mereka berada.

Alkohol dalam bentuk serbuk ini bahkan sudah diperjualbelikan di Jerman, Belanda dan Jepun dan teknologi untuk menghasilkan serbuk alkohol ini sudah berusia lebih dari 40 tahun.

Dalam kes Palcohol, pelanggan hanya perlu menambah air saja untuk mengubahnya menjadi minuman beralkohol. 

Rancangan Palcohol menjual produknya di AS telah mencetuskan kebimbangan peguam-bela kesihatan masyarakat setempat yang takut produk ini akan disalahgunakan dan sangat mudah diseludup ke tempat-tempat awam. 

Agensi Persekutuan Cukai Perdagangan Alkohol Tembakau AS baru-baru ini meluluskan jualan produk Palcohol tetapi kemudian kelulusan itu ditarik kembali dan mengaku pihaknya melakukan kesalahan. 

Namun, Palcohol mengatakan kesalahan yang dimaksudkan hanya berkaitan dengan label pada bungkusan saja dan pihaknya tetap berharap produk sudah boleh didapati di pasar pada bulan September nanti.

Bimbang disalahgunakan 

Penyelidik Polisi Alkohol, Jim Mosher dari Sekolah Kesihatan Awam Jhons Hopkins mengatakan produk tersebut tidak boleh diberikan permit jualan. 

Profesor Mosher berkata kebimbangan terbesar mengenai produk ini adalah orang akan cuba untuk menghirup serbuk alkohol itu. 

"Produk ini dapat dihidu dan saya melihat itu sangat membahayakan," katanya.

[ABC News / CBS News / Telegraph]

p/s:  Jangan sampai produk sebegini masuk ke pasaran negara kita, sehingga nanti ada yang terbeli kerana ingatkan ianya serbuk minuman biasa, wal 'iyaadzu billah ....... Macam-macam cara mereka mahu rosakkan masyarakat.

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (87) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.