Khamis, 14 November 2013

Pihak berkuasa Zionis akui telah mencuri organ dari jenazah Palestin

Pihak berkuasa penjajah Yahudi mendakwa telah bersetuju untuk mengembalikan organ milik jenazah Palestin yang mereka curi semasa menjalankan bedah siasat, ujar Menteri Hal Ehwal Awam pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat, Hussein al-Sheikh, kepada Ma'an pada Rabu (13/11/2013).

Ketua institut forensik "​​Israel" Abu Kabir, Jehuda Hiss, telah mengakui mengambil organ mayat tanpa izin dari keluarga mereka.

"Kami mula mengambil kornea, apapun yang dilakukan sangat tidak formal. Tidak ada izin yang diminta dari pihak keluarga," ujar Hiss dalam satu temu bual dengan seorang ahli akademik Amerika pada tahun 2000. Wawancara ini dikeluarkan pada tahun 2010 dan beberapa rakaman disiarkan oleh Channel 2 televisyen "Israel".

Channel 2 melaporkan mengutip ahli forensik bahawa mereka mengambil tulang, kornea mata, injap jantung dan kulit dari tentera "Israel" yang maut, warga Palestin dan bahkan pekerja asing.

Tentera Zionis mengaku telah mengambil organ tetapi berkata amalan itu tidak lagi dilakukan. "Kegiatan ini berakhir satu dekad lalu dan tidak berlaku lagi," ujar tuntutan tentera "Israel" kepada Channel 2.

Dalam wawancara itu, Hiss menggambarkan bagaimana doktor akan menutupi pengambilan kornea dari mata jenazah. "Kami mengelem mata untuk menutup kelopak mata," ujarnya. "Kami tidak akan mengambil kornea dari keluarga yang kami tahu akan membuka kelopak mata," katanya seperti dilaporkan AP.

Pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat mendakwa bahawa "Israel" akan segera mengembalikan beberapa organ yang mereka curi tersebut. 

[haninmazaya / arrahmah.com]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.