Khamis, 14 November 2013

Menjelang Perayaan Hanukkah, puluhan Yahudi kembali serbu Masjid Al-Aqsa

Puluhan orang Yahudi kembali memasuki Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada hari Rabu pagi semalam (13/11/2013). Mereka seperti biasa dikawal ketat oleh polis Israel.

Yayasan Aqsa mengatakan bahawa lebih daripada 60 Yahudi, kebanyakan agen perisikan, menyerbu tempat suci itu dan memasuki Marwani.

Pengawalan polis Israel juga menunjukkan bahawa jamaah dan warga Palestin berada dalam keadaan siap sedia tinggi semasa lawatan orang-orang Yahudi itu.

Yayasan ini menuduh bahawa Israel berusaha untuk memaksa situasi de facto baru di dalam Masjid Al-Aqsa yang menuntut bahawa orang Yahudi boleh melakukan ritual Talmud di dalamnya.

Yayasan Aqsa memberi amaran bahawa beberapa hari mendatang akan terjadi ketegangan yang lebih meningkat mengingatkan banyaknya organisasi fanatik Yahudi yang sudah menyeru pengikutnya untuk masuk ke Masjid Al-Aqsa. Ini kerana berkaitan perayaan Hanukkah yang jatuh pada tarikh 28 November tak lama lagi. 

[sa / islampos / pic]


p/s:  Hanukkah ialah Hari Raya bagi orang Yahudi .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.