Berita Terkini

Ketika kita makan daging korban, Muslim Syria terpaksa makan daging anjing, kucing dan keldai

Kaum Muslim seluruh dunia biasanya merayakan Idul Adha dengan bersuka ria, menikmati makanan yang enak serta menyantap daging korban. Akan tetapi di Syria, rakyat yang sangat kelaparan disuruh makan anjing, kucing dan keldai untuk bertahan hidup di negara yang dilanda perang tersebut.

Seorang Imam di kem pelarian Yarmouk ibukota Damsyik menfatwakan bahawa anjing, kucing dan keldai boleh dimakan "dalam keadaan darurat dan kedai-kedai makanan tidak cukup untuk memberi makan penduduk di bawah pengepungan." Fatwa tersebut dikeluarkan ketika solat Jumaat lalu di kem Yarmouk yang telah dikepung selama berbulan-bulan oleh pasukan kerajaan Syria.

Ummat Muslim yang mampu secara kewangan diwajibkan untuk mengorbankan satu biri-biri atau kambing atau bergabung dengan enam orang lain untuk mengorbankan unta atau lembu sebagai suatu tindakan ibadah selama empat hari perayaan Idul Adha. Idul Adha merupakan ritual memperingati bagaimana keikhlasan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Ismail untuk Allah sebagai tindakan ketaatan dan kepatuhan. Idul Adha adalah saat dimana Ummat Muslim seharusnya bersuka ria.

Akan tetapi kenyataan menyedihkan dilihat di kem pelarian di wilayah Idlib, Syria utara. Idul Fitri dan Idul Adha dianggap seorang "tetamu asing" yang datang ke daerah miskin.

"Sebelum krisis seperti ini kami boleh pergi ke kedai dan membeli barang-barang, kami sangat senang," kata Suad Zein salah satu warga di pengungsian. "Idul Fitri adalah percutian yang indah. Tetapi sekarang saya bahkan tidak boleh membelikan anakku seluar, atau kasut, atau bahkan sepotong roti. "

Suad Zein mempunyai lapan anak, dia tidak dapat menafkahi mereka semua. Mereka hidup dalam keadaan terdesak.

"Kami tidak punya apa-apa untuk merayakan Idul Adha. Dulu kami merayakan dengan makanan, minuman dan kuih. Sekarang kami tidak punya apa-apa," kata warga Syria yang lain dengan putus asa.

Kes buruk sama juga terjadi di kem-kem pelarian di luar Syria. Di bandar pesisir Lubnan, Sidon, rasa putus asa sangat terasa di antara pelarian miskin Syria. Mereka tidak boleh merayakan lebaran seperti halnya Ummat Islam yang lain.

"Saya tidak mahu meninggalkan rumah," Fatima bercerita sambil teresak. Fatima (32), ibu kepada empat orang anak yang meninggalkan Aleppo selepas ahli keluarga terbunuh dan perniagaan suaminya hancur akibat perang tahun lalu. Fatima sekarang tinggal di sebuah sekolah yang penuh sesak dengan keluarga Syria lain di kem pelarian Ein meruap al-Helweih, penempatan terbesar Lubnan yang dibuat untuk pelarian Palestin lebih dari 60 tahun yang lalu.

"Saya sangat bersimpati terhadap rakyat Palestin kerana mereka hidup dalam keadaan yang buruk, dan saya tahu bahawa kita membuat situasi semakin buruk," katanya dengan sedih.

Dalam keadaan putus asa dan sangat memerlukan wang, Fatima terpaksa menjual dua selimut keluarganya dengan harga 15 dolar.

"Anak-anak saya tidak mempunyai kasut dan saya tidak dapat membelinya. Guru-guru mereka mengatakan bahawa mereka harus datang dengan kasut yang sesuai. Anakku secara psikologi telah terkoyak. Dia duduk sendirian di sekolah sementara anak-anak lain bermain bersama. Dia tidak seperti ini sebelumnya. Fatima berharap bahawa ummat Muslim di seluruh dunia boleh melihat bagaimana kesedihan yang menimpa mereka. 

[M1/haninmazaya/arrahmah.com]


Innaalillah .. betapa sedihnya.  Ya Allah, bantulah mereka, bantulah Mujahidin, saudara-saudara kami dan golongan yang dizalimi di sana, amin .......

Semoga anda yang mempunyai kemampuan dan harta yang banyak dapat sama-sama lebih banyak lagi membantu saudara-saudara kita di sana. Apa lah gunanya harta jika ditompok-tompokkan dengan terlampau banyak, nanti semua itu akan disoal di Hari Akhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (13) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (42) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (79) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (62) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (58) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (74) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (247) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (335) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.