Isnin, 2 September 2013

Tentera Mesir berpecah, As Sisi akan disingkirkan

Robert Fisk
Kudeta akan dikudeta. Demikian yang akan terjadi di Mesir, seperti dipaparkan wartawan senior akhbar Inggeris The Independent, Rober Fisk (gambar).

Fisk mengatakan, sejumlah perwira di kalangan pimpinan tentera Mesir membuat rancangan untuk mengorbankan As Sisi di saat keadaan di Mesir sudah tidak boleh dikendalikan lagi. Bertahannya As Sisi hanya akan menambah senarai panjang korban jiwa.

Seperti dilaporkan Dakwatuna, Sabtu (31/8), pemerhati khusus untuk politik Timur Tengah itu menambah bahawa ada dua pimpinan penting dalam tentera mengajukan pengunduran diri, kerana meyakini kudeta akan berakhir dalam masa terdekat. Namun, As Sisi menolak pengunduran diri itu.

Wartawan yang dikenal dekat dengan penguasa Arab itu juga mengatakan bahawa telah terjadi percekcokan antara As Sisi dan panglima Garda Republik. Dan panglima tersebut sudah mula melakukan komunikasi dengan beberapa pemimpin Timur Tengah.

Sementara itu, demonstrasi anti kudeta kembali meletus di 80 titik, Jumaat (30/8) kemarin. Dianggarkan jumlah orang ramai yang turun menuntut diakhirinya kudeta mencapai berjuta-juta orang.

Di sisi lain, sejumlah negara terus mengecam tindakan kekerasan tentera Mesir. Khamis (29/8) lalu Kerajaan British mengumumkan sekatan kepada tentera Mesir dengan menghentikan 49 jenis eksport peralatan ketenteraan ke negeri itu. Sekatan itu diambil Inggeris susulan keputusan Kesatuan Eropah menjatuhkan hukuman kepada Mesir atas pembunuhan terhadap rakyat awam yang dilakukannya.

[Bersama Dakwah - 31 Ogos 2013]


p/s: Maaf, berita yang agak terlewat tetapi ingin juga ku sebarkan di sini kerana merasa teruja dan semoga kerajaan Kudeta As-Sisi sekarang ini akan berjaya digulingkan tidak lama lagi, amiin .......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.