Isnin, 2 September 2013

Presiden Bolivia: Rancangan AS serang Syria kerana mahu Minyak

Presiden Bolivia, Evo Morales
Presiden Bolivia, Evo Morales, Ahad (1/9) mempersoalkan alasan Amerika Syarikat bagi serangan tentera terhadap Syria. Morales mengatakan akses ke minyak atau kawalan regional Timur Tengah mungkin menjadi alasan sesungguhnya.

Presiden AS, Barack Obama, telah mengatakan satu serangan tentera 'terhad' yang dicadangkan bertujuan menghalang penggunaan lebih lanjut senjata kimia oleh Kerajaan Syria terhadap gerila pembangkang. Tuduhan yang telah dibantah oleh Damsyik.

"Di balik retorik kemanusiaan ini, terletak kepentingan Kerajaan Amerika Syarikat terhadap minyak atau kawalan geopolitik," kata Morales dalam satu acara terbuka di Ibu Kota Bolivia, La Paz, untuk memperingati 'Hari Penunggang Basikal dan Pejalan Kaki Nasional'.

"Washington dikendalikan oleh rasa haus akan sumber daya alam, seperti keadaannya 10 tahun lalu, ketika AS menyerbu Iraq. Minyaknya kini berada di bawah kuasa Amerika Syarikat,'' kata Morales sebagaimana dilaporkan Xinhua yang dipantau Antara di Jakarta pada Isnin.

[Republika Online]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.