Rabu, 18 September 2013

Teknologi halimunan seperti 'Predator' dibangunkan dari sotong

Teknologi halimunan seperti Predator dibangunkan dari sotong
Sama seperti adegan daripada filem hit tahun 1987 iaitu 'Predator' yang dibintangi Arnold Schwarzenegger, Carl Weathers, Kevin Peter dan Jesse Ventura, penyelidik di University of California, Irvine, membangunkan kaedah halimunan sama dengan pakaian pemburu makhluk asing (predator) yang menggabungkan teknologi halimunan yang canggih . 

Profesor Alon Gorodetsky yang mengetuai pasukan itu mengusahakan jalinan logistik dan teknikal dengan bahantara semasa yang digunakan iaitu 'lapisan nipis'.

Satu artikel Discovery.com menunjukkan butir-butir lapisan nipis yang boleh, 'berubah warna dan pemantulan' sebagai tindak balas kepada isyarat luar. Lapisan-lapisan itu muncul dan hilang, menjadi tidak kelihatan dalam inframerah. Kajian ini muncul dalam jurnal Advanced Materials.


Apa yang penting adalah protein yang dipanggil reflectin. Ia adalah protein yang membolehkan sotong dan saudara-mara mereka, cepat berubah warna. Perubahan protein itu adalah tindak balas terhadap rangsangan kimia.

Menjadi tidak kelihatan dalam inframerah akan menjadi sangat berguna untuk tentera. Beberapa peralatan penglihatan malam, sistem sasaran dan pengesan gerakan menggunakan sebahagian daripada spektrum itu - maka sesiapa memakai kot lapisan baru ini akan ghaib dari alat-alat itu.

Salutan tersebut tidak dapat dilihat dalam lingkungan 700 hingga 1,200 nanometer jarak gelombang, di mana banyak peralatan pengesanan inframerah beroperasi. "

[Intellihub , Discovery]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.