Rabu, 18 September 2013

Birmingham menyambut para Mualaf

Birmingham menyambut para Mualaf
Menjadi mualaf bererti menjadi asing dan terpencil. Itulah yang sering dirasakan para mualaf kerana terusir dari keluarga dan kehilangan teman-teman.

Tapi, bagi mualaf di Bandar Birmingham, Britain, mereka tak perlu bimbang diasingkan. Mualaf Birmingham selalu mendapat tempat di tengah masyarakat Muslim bandar tersebut.

Komuniti Muslim Birmingham sangat bersemangat dalam menyambut para mualaf dan mengajak mereka untuk lebih mendalami agama.

Mereka memang sangat gigih dalam berdakwah. Sering kali masyarakat umum dijemput untuk sekadar menilik apa itu Islam. Tak hairan jika kemudian jumlah mualaf di sana terus meningkat.

Para mualaf pun mendapat kemudahan istimewa dengan selalu disediakan sarana belajar. Masjid dibuka luas untuk mereka, bahkan untuk masyarakat sekitar. Di sana, mereka belajar mengenai Islam. Budaya Islam pun diajarkan setiap petang.

"Berharap orang yang meninggalkan tempat kami telah mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang Islam. Jadi, kami cuba untuk menetralisasi beberapa perkara yang mungkin mereka pernah dengar, namun tak mengerti," ujar seorang daripada komuniti Muslim Birmingham, Ashfaq Taufique.

Usaha ini bagi masyarakat umum dan mualaf bermula sejak Ramadhan lalu. Tapi, banyaknya keghairahan membuat pihak masjid terus melanjutkannya hingga kini.

Siapa pun warga yang berminat, dibenarkan belajar. Siapa pun mualaf yang baru memeluk Islam, akan disambut baik.

Britain merupakan negara Eropah yang mempunyai nombor tinggi dalam peningkatan jumlah Muslimin.

Pada 2008 terdapat 1.65 juta Muslim atau kira-kira 2.7 peratus daripada jumlah penduduk British. Meningkat pada 2010, sebanyak 2.8 juta Muslim tinggal di negara monarki perlembagaan tersebut dengan peratusan sebanyak 4.6 peratus daripada jumlah penduduk. Komuniti Muslim British yang cukup banyak berada di Kota London dan Birmingham.

[Republika Online]


p/s:  Mereka sibuk berdakwah dan mengajak manusia agar BERIMAN kepada Allah Yang Esa. Kita di sini pula, sibuk mengejar duniawi dan mengumpul kekayaan masing-masing tanpa menghiraukan orang sekitar kita BERIMAN ke tidak. Nak hidup seribu tahun agaknya, ih ih ih


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.