Rabu, 31 Julai 2013

Wanita mati selepas perut meletup akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat

Wanita mati selepas perut meletup akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat
Seorang wanita berusia 52 tahun di Sanming, Wilayah Fujian, China mati pecah perut selepas minum terlalu banyak soda semasa jamuan keluarga, lapor Fujian Daily pada 22 Julai.

Wanita dengan nama keluarga Huang itu menjalani pembedahan kecemasan di hospital berhampiran di mana doktor telah menemui kira-kira tiga liter campuran cecair yang mengandungi makanan separa dicerna dalam perut beliau dimana seorang doktor mengatakan ia, "kelihatan seperti belon pecah". Dia kemudiannya meninggal dunia di hospital.

Huang, yang mempunyai sejarah penyakit perut, telah mengalami sakit yang tajam di perutnya selama tiga jam sebelum mendapatkan rawatan perubatan. Doktor yang bertugas membuat kesimpulan bahawa dinding perutnya pecah selepas minum berlebihan minuman berkarbonat semasa jamuan itu.

Doktor menjelaskan bahawa ianya pecah disebabkan oleh makan dan minum berlebihan dan jarang berlaku, dimana perut boleh berkembang dua kali ganda saiz normal, sambil menambah bahawa makan dan minum yang berlebihan boleh menyebabkan pembesaran perut yang teruk, yang boleh menyebabkan kejutan atau kematian.

[Global Times]


Pada bulan Februari lalu, BBC News ada melaporkan kematian seorang wanita New Zealand pada tahun 2010 iaitu Natasha Harris, selepas dibedah siasat dan laporan didedahkan adalah akibat minum 10 liter sehari Coca Cola.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.