Selasa, 30 Julai 2013

Saintis ramal air kencing boleh tumbuhkan kembali gigi yang hilang

Para saintis China meramalkan sel-sel stem yang diperolehi daripada air kencing boleh membenarkan manusia untuk menumbuhkan semula gigi yang hilang.

Akademi Sains China telah mewujudkan struktur seperti gigi dalam tikus dan percaya satu hari nanti 'tunas gigi' kejuruteraan-bio boleh dipindahkan ke dalam manusia yang telah kehilangan gigi mereka.

Struktur primitif seperti-gigi adalah tisu pepejal pertama yang akan dibangunkan dengan menggunakan satu teknik di mana sel-sel dibuang daripada bahan buangan manusia boleh dipujuk untuk menjadi sel-sel stem.

Campuran sel dan bahan lain dari seekor tikus kemudian ditanam di haiwan tersebut. Para pengkaji mengatakan, setelah tiga minggu sel mulai menyerupai gigi. Gigi tersebut memiliki struktur seperti pulpa, dentin, dan enamel. Namun, gigi tersebut tidak sekeras gigi asal. 

Hasil penelitian yang dilaporkan BBC tersebut tidak segera akan menjadi pilihan baru doktor gigi. Peneliti mengatakan, hasil itu boleh membuat kajian lanjutan untuk regenerasi gigi manusia dengan terapi klinikal. 

Saintis Sel Stem dari Universiti London, Chris Mason, mengatakan urine merupakan sumber yang buruk. "Anda boleh tidak melakukannya dengan cara ini," ujarnya. 

Dia memperingatkan risiko kontaminasi seperti bakteria yang jauh lebih tinggi dibandingkan sumber lain dari sel. "Tentangan besar di sini adalah gigi memiliki pulpa dengan saraf dan pembuluh darah yang membuatnya terintegrasi menjadi gigi kekal," ujarnya.

[MSN, Republika Online, Mail Online]



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.