Khamis, 4 Julai 2013

Volvo bangunkan kereta yang boleh parking sendiri

Menggunakan sensor terbina-dalam, kereta itu akan dapat berinteraksi dengan persekitarannya, termasuk pergerakan pejalan kaki dan kenderaan lain.

Pemandu boleh mengingati kembali kereta mereka dengan menggunakan aplikasi mudah alih yang direka khas.

"Parking Autonomi adalah teknologi konsep yang melegakan pemandu yang memakan masa untuk mencari tempat letak kereta yang kosong," kata pegawai penasihat kanan keselamatan Volvo, Thomas Broberg.

"Pemandu hanya perlu turun dari kenderaan di pintu masuk ke tempat letak kereta dan mengambilnya kembali di tempat yang sama kemudian."

Pada peringkat sekarang, kereta itu hanya akan dapat parking sendiri jika ruang adalah serasi dengan teknologi infrastruktur tertentu Volvo, lapor ITN.

Ciri-ciri ini boleh disediakan dalam Volvo XC90 baru yang dijangka akan dikeluarkan pada akhir 2014.



[Digital Spy]

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.