Khamis, 4 Julai 2013

Kaki palsu cetakan-3D direka untuk itik kudung

Penemuan saintifik dalam percetakan 3D untuk manusia serta juga belas kasihan untuk burung dan haiwan lain. Itik kudung yang bernama Buttercup ini nampaknya sudah dapat kaki palsunya yang membolehkannya berjalan dengan agak baik.


Buttercup telah dilahirkan di dalam makmal biologi di sebuah sekolah tinggi pada tahun 2012, dengan kaki kiri ke belakang membuat kemungkinan berjalannya hampir mustahil.

Buttercup ketika dalam makmal biologi dengan kaki kirinya yang terkebelakang

Tidak dapat menjaga itik yang kurang upaya itu, sekolah ini telah menyerahkannya kepada Feathered Angels Waterfowl Sanctuary di mana kaki ke belakang itu telah dipotong dan Buttercup berjaya meneruskan kehidupan dengan ketempangan.

Beberapa bulan kemudian jurutera di Novacopy campur tangan dengan membantu tempat perlindungan itu membangunkan satu penyelesaian kekal.

Kemajuan dalam teknologi prototaip pantas telah membenarkan acuan kaki kiri itik itu dicetak dalam kira-kira 13 jam sahaja, selepas itu prostesis silikon telah dibentuk dan sempurna dipasang pada kaki Buttercup.







Alhamdulillah, tumpang gembira untuk itik ni .......



Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.