Isnin, 22 Julai 2013

Tukang besi cipta kuku Wolverine alam nyata

Kuku besi Wolverine dalam filem X-Men dan The Wolverine adalah grafik komputer atau CGI. Tetapi seorang tukang besi yang telah mempunyai pengalaman bertukang selama 30 tahun iaitu Tony Swatton telah mencipta kuku besi seakan kuku besi Wolverine yang boleh dipakai di alam nyata.

Walaubagaimana pun, Tony hanya menggunakan logam biasa , kerana Adamantium (logam aloi yang hanya terdapat dalam komik dan filem X-Men, Avengers dan seumpamanya, yang tidak dapat dimusnahkan) boleh dikatakan tidak wujud di dunia nyata. Perisai Captain America dalam komik dan filem juga dibuat dari Adamantium.

Tony juga pernah mencipta beberapa senjata dan props bagi beberapa buah filem dan pertunjukan sebelum ini. 

Sekali cakar bahagian perut manusia, rabak lah :D .......



* Update 17 Mei 2014

Kuku besi Wolverine di atas hanya statik, tetapi kuku besi yang direka oleh seorang tukang paip dari Lincolnshire, England iaitu Colin Furze ini siap boleh bergerak masuk dan keluar. Mainan bahaya ni, jangan tiru aksi ini .......





Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.