Isnin, 22 Julai 2013

Saintis Singapura hasilkan arak dari durian

Ahli-ahli sains di Singapura kini beralih untuk membuat arak, menggunakan durian yang berbau menusuk sebagai gantian kepada anggur.

Mereka masih jauh dari mengkomersilkan wain durian, tetapi penyelidik-penyelidik dari University of Singapore itu yakin bahawa apa yang dipanggil 'Raja Buah' ini mempunyai potensi untuk menghasilkan wain yang orang akan mahu minum, Tara Cleary melaporkan.



[Reuters]


p/s:  Hati-hati bro, katakan suatu hari nanti wain durian ini mula dikomersialkan, jangan sampai anda 'terbeli' arak durian ini pula, akibat melihat nama durian tanpa cakna akan perkataan 'wain'.  :)

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata 'khamara' ertinya 'menutupi'. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya dia akan mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan dia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud :

”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.  (Surah Al- Maidah ayat 90)  -  [Jabatan Mufti Negeri Melaka]


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.