Isnin, 1 Julai 2013

Korea Selatan lancarkan rangkaian tanpa wayar terpantas di dunia dengan kelajuan sehingga 150Mbit / s

Operator mudah alih terbesar di Korea Selatan akan melancarkan apa yang dikatakannya adalah rangkaian wayarles terpantas di dunia minggu ini.

Rangkaian LTE-Advanced boleh memuat turun data pada kelajuan dua kali ganda secepat rangkaian 4G dan 10 kali lebih cepat daripada perkhidmatan 3G, menurut SK Telecom Co.

Dengan kadar pemindahan 150 megabit sesaat, rangkaian itu boleh memuat turun filem saiz 800 megabait  dalam masa 43 saat. Ini berbanding dengan kira-kira 80 saat pada rangkaian LTE semasa.

Lebih daripada 60 peratus daripada 33 juta pengguna telefon pintar Korea Selatan telah melanggan perkhidmatan LTE.

[DailyMail , Financial Review]


p/s:  Line wireless 150Mb??  Huhu line gue yang pakai kabel ni pun masih 1Mb tak mampu nak upgrade dah :D


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.