Isnin, 1 Julai 2013

Batu permata: Akik lumut

Batu permata Akik Lumut atau Moss Agate di bawah ini berasal dari Afrika. Ianya salah satu dari beberapa jenis Akik Lumut yang terkenal di pasaran. Merupakan batu original , bukan dirawat / untreated. Potongan cabochon yang nipis, tak berapa tebal.

batu permata akik lumut - moss agate


Saiz 34 x 24 mm


Di bawah ini ialah batu Akik Lumut yang berlainan dari yang di atas.  Antara kedua-dua batu ini, yang mana lebih lawa ya?  Atau kedua-duanya anda tak berkenan? :D


batu permata Akik lumut




Saiz 30 x 22 mm

Jika anda berminat untuk melihat koleksi batu-batu permata saya yang tak seberapa ini, dan berada di sekitar Kuala Terengganu, sila lah datang ke teratak buruk saya. Dan jika mahu beli pun sila tengok sendiri depan mata, baru puas hati. Sila pm gue di http://www.facebook.com/Neezhom

SubhanAllah wa masya Allah .......


Info ringkas tentang batu permata Akik Lumut

Batu Akik Lumut atau Moss Agate (juga disebut Mocha stone) biasanya dari kelabu ke putih susu, pelbagai kuarza mineral silika yang mengandungi bendasing gelap dan legap, yang bercabang bentuk menyerupai paku-pakis, lumut, atau tumbuh-tumbuhan lain.

Bahan-bahan yang terkandung dalamnya terutamanya mangan dan oksida besi, berasal dari organik. Kebanyakan akik lumut didapati sebagai serpihan terluluhawa daripada batu gunung berapi. Lama digunakan untuk tujuan hiasan, mereka yang diperolehi terutamanya dari India, Afrika, Brazil, Uruguay, Eropah tengah dan barat Amerika Syarikat. [1]


Rujukan

1 - Encyclopaedia Britannica


Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.