Sabtu, 15 Jun 2013

Ahli-ahli arkeologi temui Kota yang hilang dalam hutan Kemboja

Ahli-ahli arkeologi Australia dengan menggunakan teknologi remote-sensing telah menemui sebuah kota purba di Kemboja yang masih kekal tersembunyi untuk lebih daripada satu milenium bawah semak hutan tebal.


Penemuan Mahendraparvata, sebuah kota yang hilang 1,200 tahun yang mendahului kompleks Angkor Wat, kuil Kemboja yang terkenal itu sebanyak 350 tahun, adalah sebahagian daripada Empayar Hindu-Buddha Khmer yang memerintah sebahagian besar Asia Tenggara dari 800 hingga 1400 SM, pada masa yang bersamaan dengan Zaman Pertengahan Eropah.

Damian Evans, Pengarah pusat penyelidikan arkeologi di University of Sydney di Kemboja, dan sekumpulan kecil rakan-rakan yang bekerja di rantau Siem Reap telah memetakan kawasan menggunakan Lidar udara, teknologi remote-sensing yang menggunakan laser. Ia menunjukkan kepada mereka garis kota purba itu.




Evans berkata adalah belum diketahui berapa besar Mahendraparvata kerana carian LIDAR itu hanya meliputi kawasan yang kecil dan terbatas.

"Mungkin apa yang kita lihat bukan bahagian tengah bandar, jadi terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan untuk mengetahui sejauh mana tamadun ini," katanya kepada The Age.



Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.