Ahad, 11 Disember 2011

Pemilik anjing mati dibaham 25 ekor anjing belaannya

Pemilik anjing mati dibaham 25 ekor anjing belaannya
Seorang wanita Czech berusia 60 tahun telah dibaham mati oleh 25 anjing Rottweilers yang dia jaga di rumahnya.

"Beberapa ekor anjing menyerang pemilik mereka sekitar pukul 6:00am. Beliau meninggal serta-merta selepas mengalami luka-luka yang serius," jurucakap polis Daniel Vitek memberitahu.

"Satu siasatan telah dilancarkan untuk mengesahkan semua hal berkaitan kejadian itu," tambah Vitek.

Setelah dipanggil ke tempat kejadian oleh anak perempuan wanita itu, polis mengeluarkan 25 ekor anjing dari tempat itu, tetapi tidak segera dapat mengesahkan sama ada wanita itu telah terlibat dalam pembiakan anjing untuk berlaga.

Anjing-anjing itu "didera dan kelaparan". Seorang jiran berkata dia telah mengabaikan teriakan wanita itu, kerana keluarga itu sering menjerit pada anjing-anjing akibat menyalak terlalu kuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.