Ahad, 11 Disember 2011

Empat gadis Arab Saudi diharamkan hadir peperiksaan kerana pakaian ketat

Empat gadis Arab Saudi diharamkan hadir peperiksaan kerana pakaian ketatEmpat pelajar perempuan Arab Saudi telah diharamkan daripada menghadiri peperiksaan mereka kerana 'memakai skirt ketat' di premis sekolah, Emarati 24 News melaporkan.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Arab Saudi memberi amaran kepada pelajar perempuan tentang memakai pakaian ketat di sekolah, yang menurut pihak berkuasa, memecah kod sekolah dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Semua sekolah diminta untuk tidak membenarkan pelajar perempuan memakai pakaian yang melanggar peraturan sekolah dan ajaran Islam, termasuk pakaian yang ketat, selepas kita melihat sebahagian daripada mereka memakai pakaian itu," kata satu kenyataan yang diterbitkan oleh kementerian pendidikan.

Wanita di Saudi diwajibkan untuk memakai pakaian yang longgar, kebanyakannya hitam yang meliputi badan, dan di sesetengah kawasan kerajaan Teluk, termasuklah mata.

Empat pelajar universiti perempuan telah dihalang minggu lepas dari menghadiri peperiksaan pertengahan tahun mereka selepas pihak pengurusan melihat bahawa pakaian mereka melanggar undang-undang sekolah.



Walaupun kelihatan sangat tegas, tetapi sebenarnya sangat bagus diadakan undang-undang sebegitu, bagi mencegah dari berlakunya lebih banyak maksiat, jenayah rogol, buang anak, pelacuran dan sebagainya.  Hanya mereka yang tidak mahu menggunakan akal dan melihat dengan mata hati dengan sebaik mungkin, serta terlalu mengikut nafsu dan keduniaan, yang tidak nampak kebaikan di sebaliknya, na'uzubillah .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.