Sabtu, 10 Disember 2011

Pelakon drama Meteor Garden, Hsu Hua-feng mati kerana kanser perut

Pelakon Taiwan iaitu Hsu Hua-feng @ Vivi Xu meninggal dunia di Taichung City pada hari Selasa, selepas bertarung dengan kanser perut selama beberapa tahun. Dia mati pada usia 41 tahun.

Menurut Taichung Veterans General Hospital, Hsu masuk pada 1 Disember dan meninggal dunia awal hari Selasa kerana kegagalan organ. Suaminya berada di tepi katil beliau.

Hsu telah didiagnosis dengan kanser peringkat ketiga tiga tahun lalu dan kemudiannya dikeluarkan perutnya.

Pada satu masa, beliau seolah-olah dapat mengawal kanser dan berkahwin dengan teman lelaki lamanya, ahli perniagaan yang kaya iaitu Tang Wei, di Bali, Indonesia pada tahun 2009.

Walaupun rawatan kanser ini panjang dan menyakitkan, Hsu sentiasa kekal optimis, dan berkongsi pengalaman melawan kanser dengan orang ramai. Beliau juga menyatakan hasrat tulus untuk hamil dan menjadi ibu.

Sepanjang kerjayanya, Hsu muncul dalam banyak drama TV, termasuk yang popular iaitu 'Meteor Garden', sebelum berhenti dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

[Focus Taiwan - 6 Disember 2011 , MSN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.