Sabtu, 10 Disember 2011

Babi bunuh lelaki guna pisau, kerana cuba menyembelihnya

Seorang lelaki dari Calimanesti, Vâlcea County, Romania telah dibunuh pada hari Selasa oleh babi yang dia cuba untuk sembelih, selepas haiwan itu menyodok di tangannya yang memegang pisau dan pisau itu berakhir di lehernya.

Babi bunuh lelaki guna pisau

Menurut pegawai polis Valcea, kejadian itu berlaku di hadapan beberapa orang jiran yang telah dipanggil oleh lelaki tersebut untuk membantunya menyembelih babi.

"Ketika penduduk di sana telah bersiap sedia untuk menyembelih babi, haiwan itu menendang tangan yang memegang pisau dan ianya menghentam manusia di leher. Lelaki itu meninggal serta-merta dengan keadaan berdarah."

Ambulans dipanggil, tetapi tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan," kata jurucakap Polis Valcea, Eusebiu Predonescu,.

Lelaki itu berusia 49 tahun.

[Bucharest Herald - 6 Disember 2011]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.