Khamis, 1 September 2011

UFO di atas kota Mekah, Arab Saudi

UFO di atas kota Mekah
UFO dilihat berlegar-legar di atas kota Mekah , Arab Saudi pada pukul 4 pagi waktu di sana, 30 Ogos 2011.

Menurut jurukamera yang merakamnya, "Sejurus sebelum solat Subuh, saya melihat armada UFO ini yang bergerak di sekitar lampu jam besar, saya menyambar Nikon d5100 saya dengan lensa sigma 70-300 dan menembak beberapa."

Tetapi cahaya-cahaya objek terbang yang tidak diketahui @ UFO itu hanya kelihatan jelas apabila dilihat melalui cahaya dari menara itu. Jika nak kata debu, langsung tidak munasabah kerana ianya tinggi dan agak besar dibandingkan dengan debu.

Dan jika diperhatikan betul-betul, objek-objek itu memang berada di belah belakang cahaya sana, bukannya dalam cahaya terpancar sepertimana jika ianya adalah debu-debu.  Lagi pun mereka menyala-nyala dan bergerak ke sana ke mari.

Mungkin faktor kamera dan lighting di situ yang menyebabkan objek-objek itu hanya jelas apabila dilihat melalui cahaya menara. Tetapi ia tetap dapat dilihat juga walaupun tidak melalui cahaya di menara itu. wallahu a'lam.

Sampai ke Mekah dah dilihat UFO ni ya. Hampir seluruh dunia sudah melihat UFO terbang di ruang udara tempat masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.