Sabtu, 10 September 2011

Taiwan dah buat pen drive 2TB USB 3.0


Transcend pen drive 2TB USB 3.0
Kebanyakan pen drive / thumb drive USB di pasaran menawarkan maksimum kapasiti simpanan 256GB dan  sedikit dengan kapasiti penyimpanan 512GB sahaja.

Pengilang peranti penyimpanan antarabangsa, Transcend, telah bekerjasama dengan Industrial Technology Research Institute (ITRI) di Taiwan untuk tampil dengan pemacu flash (flash drive / pen drive) 2TB USB yang dipanggil thumb drive Thin Card.

Sama ada ianya menggunakan teknologi hologram, 3D atau beberapa penyelesaian penyimpanan eksotik yang lain masih belum didedahkan.

Kapasiti mengejutkan ini menjadikannya peranti flash drive terbesar seumpamanya dibuat setakat ini.  Ketebalannya sama dengan duit syiling 1 penny.



[itproportal.com , Unikversiti]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.