Jumaat, 16 September 2011

Perkampungan Monsanto di Portugal dibina antara batu tongkol gergasi


Perkampungan Monsanto, suatu penempatan kuno terletak di sebelah gunung di kawasan luar bandar Portugis, menawarkan beberapa pemandangan menakjubkan.

Perkampungan Monsanto di Portugal
Foto kredit: tober - TrekEarth

Memiliki jalan-jalan kecil yang diukir dari batu dan rumah granit dihimpit antara batu tongkol / bongkah batu gergasi, ia kelihatan seperti batuan asas kehidupan yang sebenar.

Pada tahun 1938, Monsanto dinamakan 'bandar paling Portugis di Portugal' yang kelihatan aneh dan pelik, memandangkan kebanyakan bangunan di Portugal tidak diapit di antara dua batu tongkol, atau mempunyai batu-batu besar tergantung di atas mereka, tetapi kedudukannya seperti muzium terbuka, telah membenarkan untuk menjaga penampilan zahirnya sejak bertahun.

Perkampungan Monsanto di Portugal
A place with delight IX by Charo


Perkampungan Monsanto di Portugal
A place with delight VIII by Charo

Disebabkan adanya sekatan untuk membina di kawasan itu, rupa Monsanto tidak berubah setelah berabad dan telah berjaya mengekalkan daya tarikan yang asal.

Terletak hanya 12 kilometer dari perbandaran Idaha-a-Nova dan 160 kilometer dari bandar Salamanca di Sepanyol, untuk sampai ke Monsanto melalui pengangkutan awam adalah sangat sukar. Tetapi mengingati pemandangan unik telah ditawarkan oleh pekan kecil ini, adalah berbaloi walaupun mengalami masalah untuk ke sana.

Perkampungan Monsanto di Portugal
Foto kredit: ficcino.wordpress.com


Perkampungan Monsanto di Portugal
Monsanto by torre


Perkampungan Monsanto di Portugal
Monsanto Castle by claudiaf

[TrekEarth , Oddity Central , Unikversiti]


Sila lihat juga Formasi-formasi batu besar yang mengujakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.