Jumaat, 16 September 2011

Budak misteri muncul dari hutan Jerman


Budak misteri muncul dari hutan Jerman
Polis di Berlin bingung berkenaan identiti seorang remaja lelaki yang muncul dari hutan, yang berkata dia tinggal di situ selama lima tahun bersama bapanya.

Remaja lelaki itu, dipercayai kira-kira berumur 17 tahun, muncul di Berlin City Hall pada 5 Sept. Dia berkata dia telah tinggal di pondok dan khemah-khemah bersama bapanya sehingga orang tua itu meninggal dunia.

Mulai dari ketika itu, budak yang boleh berbahasa Inggeris itu, menggunakan kompas untuk berjalan ke arah utara selama dua minggu, akhirnya berhenti di Berlin, menurut The Associated Press.

Jurucakap polis iaitu Michael Maass berkata, budak lelaki itu mendakwa dia dan bapanya pergi ke dalam hutan selepas ibunya meninggal dunia. Budak itu berkata dia tidak ingat dari mana keluarganya datang.

Dia berada dalam keadaan yang sihat dan polis telah mengeluarkan rayuan di seluruh Eropah untuk cuba menentukan identitinya.

[NBC San Diego]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.