Khamis, 8 September 2011

NASA tunjuk gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk diamkan Teori Konspirasi

Setelah bertahun-tahun NASA dituduh memalsukan pendaratan di bulan, baru kini mereka tampil dengan gambar-gambar kononnya bukti pendaratan manusia di bulan itu adalah betul-betul berlaku?

NASA tunjuk gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk diamkan Teori Konspirasi

Lamanya ambil masa ya. Gambar-gambar permukaan bulan yang terbaru itu dirakam oleh Lunar Reconnaisance Orbiter (LRO). Mereka mengatakan ianya jelas menunjukkan kesan tapak kaki angkasawan, lunar rover dan tanda-tanda kesan bakar kapal angkasa.

NASA tunjuk gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk diamkan Teori Konspirasi

Jelas ke gambar-gambar dan video ini?  Sedangkan mereka mempunyai teleskop-teleskop yang berkeupayaan mengambil gambar permukaan matahari yang lagi tersangat beza jauhnya. Dapat zoom ke planet-planet lain dan galaksi-galaksi lain, takkan gambar permukaan bulan setakat itu saja mereka mampu? Kenapa tidak bawakan imej yang lagi dekat dan jelas detailnya?

Lagi pun sekadar gambar-gambar ini, amat mudah untuk dipalsukan. Zaman Photoshop kalau setakat bawa gambar begini, bagaimana untuk dijadikan hujjah? Takkan ini saja yang NASA boleh lakukan, setelah mengambil masa bertahun-tahun untuk membawakan bukti bergambar?

NASA tunjuk gambar-gambar bukti pendaratan di bulan untuk diamkan Teori Konspirasi





Bagaimana pula mereka mahu jawab dengan video-video di bawah dan banyak lagi video lain yang membuktikan bahawa pendaratan manusia di bulan itu adalah satu hoax / penipuan?  Sama lah kesnya dengan penipuan pada serangan kapal terbang pada bangunan WTC iaitu Peristiwa 9/11 yang mereka tuduh dilakukan oleh pengganas, sedangkan itu kerja orang dalam kerajaan AS sendiri.







 
 



Wayar lutsinar digantung pada angkasawan

Antara yang perlu dijawab dengan baik oleh NASA

1 - Kenapa bendera Amerika Syarikat yang dipacakkan ke bulan berkibar? Jika di permukaan bulan tidak ada oksigen dan udara, dengan kata lain suasana hampagas, bendera itu tidak sepatutnya berkibar.  Memang NASA telah meletakkan satu batang paip horizontal pada bendera tersebut, tetapi tidak diletakkan kipas angin untuk membuatkannya berkibaran dan bergoyang-goyang. Jika hanya diletakkan batang paip, maka sepatutnya bendera itu hanya tegak diam-diam, bukan menari-nari seperti ditiup angin. 

2 - Tidak ada kesan hentaman jet modul pendaratan pada permukaan bulan. Sepatutnya ada kesan berlepas dan tapak-tapak kaki angkasawan berdekatannya akan terhapus. Tetapi tapak-tapak kaki di situ masih wujud.

3 - Tapak kaki angkasawan tersangat jelas. Sedangkan graviti di bulan tidak kuat. Permukaannya tidak lembab. Tetapi kesan tapak kaki tersebut seolah-seolah permukaan di situ lembab dan tarikan gravitinya kuat.  Debu-debu di permukaan bulan dikatakan sangat nipis, tetapi mengapa masih wujud kesan tapak kaki yang dalam dan details?

4 - Pergerakan para angkasawan di bulan jika dilajukan filemnya sedikit akan menunjukkan pergerakan yang sama jika mereka di bumi. Bermakna filem yang merakamkan pergerakan-pergerakan mereka itu kemungkinan besar telah di gambar gerak perlahankan (slow motion).

5 - Batu-batu yang dibawa pulang adalah serupa dengan batu-batu yang dikumpul pada ekspedisi saintifik ke Antartika.  Kemungkinan batu-batu itu adalah meteor-meteor yang jatuh ke bumi.

6 - Bayang-bayang yang wujud pada subjek-subjek di permukaan bulan seperti yang dirakam oleh NASA kadang-kadang tidak menepati yang sepatutnya berlaku. Contohnya, arah muncul bayang tidak kena dengan arah cahaya matahari. Lagi pun angle kamera yang diambil bukan matahari membelakangi jurugambar. Jika matahari membelakangi jurugambar, logik lah bayang dilihat menuju arah yang berlainan sedikit, kerana perspektif jurugambar dari bayang tersebut.

7 - Seolah-seolah digunakan tali lutsinar dari atas disangkut pada angkasawan-angkasawan itu yang kadangkala dapat kelihatan dalam video rakaman NASA.

8 - Kesemua 6 kali pendaratan manusia di bulan dilakukan pada masa pemerintahan Presiden Nixon, dan tidak ada satu pun selepas zamannya hinggalah sekarang.  Zaman dulu mudah untuk menipu dan memainkan pemikiran orang, tetapi cuba buat zaman sekarang. Silakan NASA hantar seorang ke bulan sekarang kalau dapat, sedangkan teknologi sekarang jauh lebih maju.

9 - Suasana langit ketika di permukaan bulan adalah hitam gelap pekat. Tetapi kenapa sampai langsung tidak nampak bintang di langit? Sedangkan atmosferanya bukan macam bumi, yang ketika matahari memancar terik di atas langit jadi biru.  Tetapi alasan aperture kamera dan setting-settingnya untuk mengelakkan over expose mungkin munasabah.

10 - Perekabentuk kamera untuk misi ke bulan itu iaitu Jan Lundberg juga mengakui hairan melihat keadaan gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan. Dengan hanya cahaya bersumber dari matahari, tanpa flash kamera, mustahil wujud pencahayaan seperti yang dirakamkan. Dengan beberapa bayang-bayang wujud ditempat yang salah. Dan bagaimana kamera yang disangkut ke dada angkasawan itu, boleh merakam gambar-gambar yang jelas dan kemas, sepertimana diambil oleh jurugambar professional.

Dan banyak lagi keadaan-keadaan lain yang jelas lagi membuktikan bahawa pendaratan di bulan itu hanyalah satu hoax.  Dan mengikut kajian para pengkaji teori konspirasi, semua aktiviti yang kononnya di permukaan bulan itu dibuat di dalam studio dan juga di sebuah kawasan padang pasir yang top secret di AS yang diberi nama Area 51.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.