Khamis, 8 September 2011

Monyet makmal gembira dapat lihat cahaya matahari setelah 30 tahun

Cimpanzi berpeluk lepas baru tengok matahari
Ini adalah saat-saat yang memberikan 'sentuhan kalbu' apabila beberapa ekor monyet cimpanzi mula didedahkan kepada cahaya matahari di luar bangunan, setelah 30 tahun mereka dikurung dalam makmal.

Kebanyakan dari 38 ekor cimpanzi itu telah dikurung seumur hidup mereka sebelum ini.  Dan inilah kali pertama mereka dibenarkan bermain di luar dan melihat rumput, matahari dan sebagainya.

Mereka yang telah dikurung di dalam sangkar untuk ujian perubatan, disuntik dengan HIV dan hepatitis ini, kelihatannya memeluk dan tersenyum gembira sebelum membuat langkah-langkah pertama mereka di luar.

Makmal cimpanzi ini berada di Gut Aiderbichl Animal Sanctuary, berhampiran Salzburg, Austria.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Dikuasakan oleh Blogger.