Tanah runtuh beserta dengan timbunan sampah yang banyak telah berlaku di Baguio, Filipina selepas di pukul dengan Taufan Nanmadol pada 28 Ogos.
Foto kredit: EPA
Taufan Nanmadol telah melimpahkan hujan lebat di utara dan timur Filipina pada hari Sabtu, mencetuskan tanah runtuh dan banjir yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang mati.
Pejabat Pertahanan Awam berkata lima kanak-kanak antara 4 hingga 13 tahun telah ditimbus dalam tanah runtuh di wilayah utara Pangasinan dan bandar gunung peranginan Baguio, manakala enam orang lagi hilang.
Foto kredit: thestate.com
Taufan Nanmadol melanda utara Filipina pada hujung minggu lalu, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, mencederakan 21 dan memaksa lebih daripada 5,400 orang untuk melarikan diri ke pusat pemindahan.
Ia kemudiannya menuju ke selatan dan timur Taiwan, di mana ia memaksa lebih banyak pemindahan, penutupan perniagaan dan mengganggu pengangkutan.
[MSNBC , Daily Mail]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih :)