Berita Terkini

Manusia berasal dari tikus, menurut kajian baru

Kalau dulu, Charles Darwin mengeluarkan teori gila iaitu manusia berasal dari beruk, sekarang muncul pula kajian baru dari saintis yang sama gila , iaitu mereka mengatakan manusia berasal dari makhluk seperti tikus yang hidup 160 juta tahun yang lalu.

Manusia berasal dari tikus

Kononnya mamalia kecil berbulu plasenta itu hidup di tempat yang kini ialah timur laut China semasa era Jurassic ketika dinosaur memerintah Bumi.

Dinamakan Juramaia sinensis, fosil tertua pernah ditemui sekumpulan haiwan yang dipanggil eutherians, atau placentals, yang melahirkan hidup muda.

Manusia berasal dari tikus
Ini termasuk lembu, tikus, monyet, singa, harimau, anjing, kuda, ikan paus dan, sememangnya, kumpulan kita sendiri iaitu mamalia, yang primer.

Ahli Paleontologi iaitu Dr Zhe-Xi Luo, dari Carnegie Museum of Natural History di Pittsburgh, berkata: "Juramaia, daripada 160 juta tahun yang lalu, adalah sama ada ibu saudara moyang, atau moyang kepada semua mamalia plasenta yang berkembang maju hari ini.

Tak perlu lagi saya lanjutkan kajian yang gila ini, anda boleh ikuti laporan mengenainya di Daily Mail.

Cuma saya nak tekankan, dari mana mereka tahu dan boleh kaji bahawa ia hidup 160 juta tahun yang lalu. Bukan 160, bukan 1,600, bukan 16 ribu, tapi 160 juta tahun yang lalu!  Mereka ingat Bumi ini bapak mereka yang punya?

Sedangkan jarak masa manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s dari kita baru 6 ribu tahun lebih. Dan para jin pula diciptakan 2 ribu tahun lebih awal dari Adam. Maka siapa nak buktikan dan jadi saksi pada 160 juta tahun yang lalu?  Memang tiada, dan yang tiada ini lah mereka propagandakan dan menipu manusia, kerana tiada manusia yang boleh selongkar ke zaman lepas sana.

Kononnya mereka jadikan ia berbentuk ilmiah berserta dengan fakta-fakta dan diadakan contoh-contoh fosil. Sama lah seperti peristiwa manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan dulu, kononnya Amerika Syarikat lah yang berjaya sampai ke bulan dulu. Kerana sebelum itu Russia menjadi negara yang pertama mengelilingi bulan.

Kerajaan Amerika Syarikat yang didalangi oleh golongan-golongan elit itu bukan boleh duduk senang kalau ada orang lain yang mendahului dan lebih maju dari mereka. Maka mereka cuba lah membuat kejadian, kononnya angkasawan AS yang pertama jejakkan kaki ke bulan. Dan ianya dirakamkan kononnya itu adalah bukti dan fakta, sedangkan rakaman yang dibuat hanya DI BUMI sendiri iaitu di satu tempat yang bernama Area 51!  Bukti-bukti banyak di Youtube, dengan bentuk video lagi.  Contohnya di sini.

Taktik propaganda dan menipu ini sama lah dengan propaganda Alien @ UFO, Dinasour, dan macam-macam lagi taktik golongan-golongan elit sana untuk menipu dunia dan ingin dipandang hebat.  Antara tujuannya tidak lain, ke arah mewujudkan pemerintahan New World Order.

Tambah lagi, taktik-taktik ini hanya untuk semakin menjauhkan manusia dari Tuhan, dan mempercayai mereka serta terpengaruh dengan mereka, dan akhirnya tertipu. Golongan-golongan ateist lah yang kuat memperjuangkan teori evolusi yang kononnya bukan dicipta oleh Tuhan ini.  Mereka sendiri mahu 'play God', na'uzubillah. 

*Update 11 Jun 2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih :)

Kategori

Air terjun (9) Ajaib (22) Al-Hadits dan Sains (2) Alam sekitar (11) AlQuran dan Sains (38) Angkasalepas (51) Animasi GIF (3) Antik (8) Aqidah (12) Arkeologi (21) Astronomi (47) Bala bencana (41) Batu kalimah (4) Batu permata (23) Biar betul (113) Biologi (2) Bionik (4) Budaya (5) Cinemagraph (3) Dajjal (2) Download (1) Duit (37) Duit Kertas (15) Duit Syiling (25) Dunia Hiburan (129) Ekonomi Dunia (20) Ensaiklopedia (55) Foto (345) Freemason (2) Freeware (3) Gempa bumi (7) Geologi (6) Gerhana bulan (1) GIF animation (3) Grafik 3D (3) Halimunan (3) Hamas (8) Hantu (58) High speed video (6) Iblis (13) Illuminati (27) Imam empat mazhab (5) Indeks batu permata (1) Indeks duit (2) Indeks kad telefon (1) Indeks sampul duit raya (1) Indeks setem (1) Internet (94) Jalan-jalan (56) Jenayah (121) Jin (56) Kad telefon (3) Kamera (21) Kamera digital (16) Kata-kata hikmah (28) Kemalangan (58) Kematian (55) Kesihatan dan Perubatan (202) Ketenteraan (46) Kiamat (7) Kisah akhir zaman (2) Klasik (61) Kristologi (86) Landskap (111) Makanan dan minuman (17) Makro (6) Manipulasi Foto (6) Metafizik (6) Misteri (59) Motivasi (34) Muzium mini (65) Paleontologi (1) Palestine (50) Paranormal (48) Penggodam (23) Perang (31) Perkahwinan (22) Pernikahan (18) Perubatan Islam (4) Polis (9) Politik (132) Politik dunia (49) Puisi (6) Rekod (102) Robotik (27) Sains (60) Sampul duit raya (5) Scam (5) Sedih (46) Sejarah (29) Sejarah Islam (16) Sejarah kuno (4) Selebriti meninggal (12) Seni (6) Seni beladiri (1) Senibina (21) Serangga (15) Sukan (43) Syiah (15) Syirik (1) Syria (41) Teknologi (248) Teknologi Nano (8) Teori konspirasi (181) Time lapse (39) Timur Tengah (177) Tumbuhan (37) UFO (39) Ulama meninggal dunia (2) Video (328) Wallpaper Islamik (40) Yahudi (10) Zionis (20)

Unikversiti Designed by Templateism.com & Copy Blogger Themes

Imej tema oleh blue_baron. Dikuasakan oleh Blogger.